Press

Kenyataan Akhbar KPK 28 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 JANUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,285 kes (2,773,948 kes kumulatif, 97.1%)
  • Kes baharu : 5,522 kes (2,855,930 kes kumulatif);
  • Kes import : 373 kes [259 warganegara (69.4%); 114 bukan warganegara (30.6%)];
  • Kes tempatan : 5,149 kes [4,946 warganegara (96.1%); 203 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 127 kes (102 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 70 kes (48 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,394 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,105 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 289 kluster.

Daripada 5,522 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 39 kes (0.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,483 kes (99.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 27 Januari 2022

NEGERINILAI RT
Negeri Sembilan1.21
Kedah1.16
Johor1.14
Pulau Pinang1.10
WP Kuala Lumpur1.08
WP Putrajaya 1.07
Selangor1.07
Melaka1.07
Kelantan1.05
Sabah1.04
Pahang1.03
Perak0.99
Terengganu0.87
Perlis0.00
WP Labuan0.00
Sarawak0.00
MALAYSIA 1.15

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 62 kes baharu Variant of Concern (VOC)  telah dilaporkan daripada 25 Januari 2022 sehingga 28 Januari 2022. Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknonologi MARA (iPromise, UiTM) telah mengenalpasti 46 kes baharu, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC, UM) telah mengenalpasti 15 kes baharu, manakala Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti satu (1) kes baharu. Kesemua kes ini merupakan varian Delta.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 7,118 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,250 kes varian Delta;
  • 601 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian.

Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Januari 2022 @ 6:00 petang

Categories: Press

Tagged as: ,