Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 FEBRUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,196 kes (2,790,386 kes kumulatif, 96.8%)
  • Kes baharu : 5,736 kes (2,882,060 kes kumulatif);
  • Kes import : 183 kes [81 warganegara (44.3%); 102 bukan warganegara (55.7%)];
  • Kes tempatan : 5,553 kes [5,360 warganegara (96.5%); 193 bukan warganegara (3.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 112 kes (89 kes disahkan COVID-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 54 kes (41 kes disahkan COVID-19; 13 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,442 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,120 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 322 kluster.

Daripada 5,736 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 46 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,690 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 1 Februari 2022

NEGERINILAI RT
Perlis1.29
WP Putrajaya 1.21
Johor1.17
Pulau Pinang1.16
Kedah1.16
Sabah1.16
Negeri Sembilan1.13
Selangor1.12
Melaka1.12
WP Kuala Lumpur1.11
Kelantan1.10
Perak1.07
Pahang1.04
Terengganu1.00
WP Labuan0.00
Sarawak0.00
MALAYSIA1.15

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian

Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Februari 2022 @ 6:00 petang