Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 FEBRUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 6,460 kes (2,812,614 kes kumulatif, 96.5%)
  • Kes baharu : 10,089 kes (2,914,220 kes kumulatif);
  • Kes import : 143 kes [67 warganegara (46.9%); 76 bukan warganegara (53.1%)];
  • Kes tempatan : 9,946 kes [9,676 warganegara (97.3%); 270 bukan warganegara (2.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 137 kes (83 kes disahkan COVID-19; 54 kes disyaki,
  • kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 71 kes (35 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan;
  • Jumlah kluster : 6,499 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,138 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 361 kluster.

Daripada 10,089 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 77 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 10,012 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 5 Februari 2022

NEGERINILAI RT
Perlis1.49
Sabah 1.41
WP Putrajaya1.29
Kedah1.22
Selangor1.19
Pulau Pinang1.17
Sarawak1.17
Johor1.16
Pahang1.14
Terengganu1.13
WP Kuala Lumpur1.12
Melaka1.11
Negeri Sembilan1.10
Perak1.10
Kelantan1.08
WP Labuan0.00
MALAYSIA 1.20

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A, namun tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Februari 2022 @ 6:15 petang

Lampiran 1

Jadual 1: Keterangan Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana) COVID-19

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau baru demam
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauHilang selera makan
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jamBerasa letih terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur    
Loya dan muntahPerlu berjalan dengan bantuan
Keletihan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala semakin teruk  (batuk, loya, muntah atau cirit-birit yang berterusan)
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianTahap kesedaran berkurangan
     Semakin kurang kencing (dalam masa 24 jam)

Lampiran 2