Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 FEBRUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 5,421 kes (2,824,071 kes kumulatif, 96.1%)
  • Kes baharu : 13,944 kes (2,939,198 kes kumulatif);
  • Kes import : 153 kes [58  warganegara (37.9%); 95 bukan warganegara (62.1%)];
  • Kes tempatan : 13,791 kes [13,476 warganegara (97.7%); 315 bukan warganegara (2.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 138 kes (81 kes disahkan COVID-19; 57 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 71 kes (34 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,526 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,151 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 375 kluster.

Daripada 13,944 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 73 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 13,871 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 7 Februari 2022

NEGERINILAI RT
Sabah 1.54
Perlis1.54
Sarawak 1.48
Terengganu1.36
Kedah 1.32
WP Putrajaya 1.29
Pulau Pinang 1.25
Johor 1.24
Pahang 1.24
Selangor 1.23
Melaka 1.23
Perak 1.23
Kelantan1.16
Negeri Sembilan1.12
WP Kuala Lumpur 1.09
WP Labuan 0.00
MALAYSIA1.32

ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI 5/2022)

Bagi Minggu Epidemiologi (ME) 5/2022 yang bermula dari 30 Januari 2022 sehingga 5 Februari 2022, jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah43,062 kes berbanding ME sebelumnya iaitu 31,980 kes dengan peningkatan sebanyak 34.7%. Manakala jumlah kes kematian pula menunjukkan penurunan sebanyak 8.1% dengan purata kes aktif adalah sebanyak 58,099 kes. Selain itu, jumlah kes sembuh COVID-19 yang dilaporkan pada ME 5/2022 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6%. Berikut adalah perincian indikator-indikator jangkitan COVID-19 untuk ME 5/2022;

1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19

  • Peningkatan kes baharu sebanyak 34.7% iaitu daripada 31,980 kes (ME 4/2022) kepada 43,062 kes (ME 5/2022);
  • Purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 26.0% dengan purata sebanyak 46,158 kes (ME 4/2022) kepada 58,099 kes (ME 5/2022). Angka ini dijangka menaik lagi pada ME 6/2022;
  • Walau bagaimanapun, kes kematian disebabkan COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 8.1% dengan 68 kematian pada ME 5/2022 berbanding 74 kematian pada ME 4/2022. Penurunan ini dicatatkan semenjak ME 52/2021.
  • Purata kes COVID-19 yang memerlukan rawatan di ICU juga menunjukkan penurunan sebanyak 16.5% iaitu  91 kes (ME 5/2022) berbanding 102 kes (ME 4/2022). Penurunan kes COVID-19 di ICU secara konsisten telah dilaporkan sejak ME 33/2021 dengan sedikit peningkatan pada ME 44/2021 dan penurunan semula kes ICU dicatatkan sejak 12 minggu lalu iaitu daripada ME 45/2021;
  • Selain itu, purata kes COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan sebanyak 10.9% iaitu 41 kes pada ME 5/2022 berbanding 46 kes pada ME 4/2022. Purata ini kekal menunjukkan tren penurunan sejak 24 minggu yang lalu iaitu daripada ME 33/2021; dan
  • Purata nilai RT meningkat sebanyak 2.7% dengan 1.12 (95% CI 1.11 – 1.13) pada ME 4/2022 kepada 1.15 (95% CI 1.13-1.16) pada ME 5/2022. Nilai Rt dijangka menaik lagi pada ME 6/2022.

Rajah 1 di bawah jelas menunjukkan tren kes baharu mingguan yang meningkat sejak tiga (3) minggu yang lalu iaitu daripada ME 2/2022. Namun begitu, tren penggunaan ICU untuk kes COVID-19 menunjukkan tren penurunan sejak 12 minggu yang lalu iaitu daripada ME 45/2021 seperti yang digambarkan di Rajah 2.

Pada masa yang sama, penggunaan alat bantuan pernafasan untuk kes COVID-19 juga menunjukkan tren penurunan sejak 24 minggu lepas iaitu daripada ME 33/2021 berdasarkan Rajah 3 walaupun kes baharu mingguan menunjukkan tren peningkatan.        

Situasi ini menunjukkan keberkesanan pengambilan vaksin COVID-19 yang kini telah mencapai 80.0% dari populasi keseluruhan dengan sekurang-kurangnya satu dos (setakat 7 Februari 2022, 11:59 malam) dalam mengurangkan risiko gejala COVID-19 yang teruk. Oleh itu, KKM berharap agar orang ramai akan segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 (dos 1, dos 2, dan dos penggalak) sebagai salah satu ikhtiar perlindungan daripada komplikasi jangkitan COVID-19.

2. Kapasiti Hospital

Pada ME ke 5/2022, kadar penggunaan katil bukan ICU menunjukkan peningkatan manakala kadar penggunaan katil ICU dan alat bantuan penafasan menunjukkan penurunan berbanding minggu sebelumnya seperti yang diperincikan dalam Jadual 3.

Berdasarkan Rajah 4, tren pengisian katil ICU menunjukkan penurunan manakala penggunaan katil bukan kritikal dan katil PKRC semakin meningkat, selari dengan peningkatan kes harian yang kebanyakannya terdiri daripada kategori 1 dan 2.

3. Kluster

Sejumlah 6,488 kluster telah dicatatkan sehingga 5 Februari 2022. Terkini, masih terdapat 353 kluster yang masih aktif iaitu peningkatan sebanyak 21.3% berbanding ME 4. Pada ME 5/2022, sebanyak 27 kluster telah diisytiharkan tamat dengan penurunan sebanyak 32.5% berbanding ME 4/2022 dan terdapat  89 kluster baharu telah dilaporkan pada ME 5/2022, iaitu:

  • 52 (58.4%) kluster pusat pendidikan;
  • 20 (22.5%) kluster tempat kerja;
  • Tujuh (7) (7.9%) kluster komuniti;
  • Enam (6) (6.7%) kluster kumpulan berisiko tinggi;
  • Tiga (3) (3.4%) kluster pusat tahanan dan;
  • Satu (1) (1.1%) kluster aktiviti keagamaan

Berdasarkan Jadual 4 di atas, terdapat penurunan kluster baharu sebanyak 16 peratus berbanding ME 4/2022. Namun begitu, kebanyakan kategori kluster menunjukkan peningkatan selain kluster import dan kluster institusi pendidikan. Kita sedia maklum bahawa kewujudan kluster baharu ini bererti terdapat penularan jangkitan dalam kalangan orang di sekeliling kita. Memandangkan gelombang Omicron sudah pun melanda negara dan lebih mudah menular daripada varian lain, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah sekiranya bergejala dan melakukan ujian kendiri dengan kadar segera agar rantaian COVID-19 yang berlaku dapat diputuskan secepat mungkin. Selain itu, patuhilah SOP sebaik mungkin walaupun orang di sekeliling mungkin tidak berbuat demikian. Marilah kita sama-sama biasakan yang betul dan betulkan yang salah.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Februari 2022 @ 7:00 petang