Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 10 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

10 FEBRUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 5,712 kes (2,835,464 kes kumulatif, 95.3%)
  • Kes baharu : 19,090 (2,975,422 kes kumulatif);
  • Kes import : 134 kes [87  warganegara (64.9%); 47 bukan warganegara (35.1%)];
  • Kes tempatan : 18,956 kes [18,446 warganegara (97.3%);    510 bukan warganegara (2.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 158 kes (86 kes disahkan COVID-19; 72 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 78 kes (35 kes disahkan COVID-19; 43 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,555 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,160 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 395 kluster.

Daripada 19,090 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 113 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 18,977 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 9 Februari 2022

NEGERINILAI RT
WP Labuan1.94
Sarawak1.84
Sabah1.73
Perlis1.67
WP Putrajaya 1.46
Terengganu1.42
Pulau Pinang1.38
Kedah1.37
Johor1.31
Kelantan1.31
Pahang1.30
Selangor1.27
Perak1.25
WP Kuala Lumpur1.22
Melaka1.19
Negeri Sembilan1.17
MALAYSIA1.47

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Februari 2022 @ 6:00 petang

Lampiran 1

Jadual 2: Keterangan Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana) COVID-19

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur    
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam