SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 FEBRUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 5,724 kes (2,852,437 kes kumulatif, 93.8%)
- Kes baharu : 21,072 (3,040,235 kes kumulatif);
- Kes import : 65 kes [29 warganegara (44.6%); 36 bukan warganegara (55.4%)];
- Kes tempatan : 21,007 kes [20,526 warganegara (97.7%); 481 bukan warganegara (2.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 187 kes (98 kes disahkan COVID-19; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 109 kes (47 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster : 6,596 kluster;
- Jumlah kluster baharu :10 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,175 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 421 kluster.
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
- 22 kes (25.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 46 kes (53.5%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun); dan
- 29 kes (33.7%) berumur 60 tahun dan ke atas
- 29 (33.7%) kes mempunyai penyakit komorbid
- hanya tiga (3) kes (3.5%) dimasukkan ke ICU dan satu (1) kes (1.16%) memerlukan rawatan pernafasan.
KADAR PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (DATA SEHINGGA 12 FEBRUARI 2022)
Sehingga 12 Februari 2022, kadar penggunaan katil bukan ICU khusus bagi pesakit COVID-19 adalah melebihi 80% di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perlis, dan Kelantan. Manakala kadar penggunaan katil ICU khusus bagi pesakit COVID-19 adalah sebanyak 54% di negeri Johor, namun lain-lain negeri berada di bawah 50% penggunaan katil ICU (Jadual 1).
Bilangan kemasukan pesakit harian COVID-19 ke hospital awam mengikut kategori dan negeri adalah seperti di Jadual 2. Sehingga 12 Februari 2022, sebanyak 4,700 pesakit COVID-19 berada di hospital di mana kategori 3, 4 dan 5 adalah sebanyak 376 kes (8.0%) daripada keseluruhan pesakit COVID-19. Antara sebab-sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospital adalah:
- Medical emergency (contohnya penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal);
- Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
- Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
- Kes-kes Obstetrik yang memerlukan pemantauan rapi;
- Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi);
- Kemasukan melalui wad kecemasan;
- Keadaan rumah yang kurang bersesuaian;
- Kes kanak-kanak;
- Dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan
- Demam berpanjangan dan kelesuan
- Mempunyai penyakit kronik
- Tiada penjaga
Jadual 3 menunjukkan kapasiti dan purata tempoh masa keberadaan pesakit dalam ICU (average length of stay – ALOS) mengikut negeri di mana median tempoh pesakit COVID-19 berada di ICU adalah lapan (8) hari.
Berbanding ME ke 5/2022, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam pada ME ke 6/2022 bagi kategori 3, 4 dan 5 telah menunjukkan peningkatan di semua peringkat umur kecuali golongan remaja. Peningkatan berganda dilihat ke atas golongan kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua bagi ME ke 6/2022 (Rajah 1). Oleh itu, KKM menyarankan agar kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa serta warga tua yang layak untuk segera mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak di PPV berdekatan anda.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 12 Februari 2022
NEGERI | NILAI RT |
WP Labuan | 2.14 |
Sarawak | 1.67 |
Sabah | 1.66 |
Perlis | 1.47 |
Pulau Pinang | 1.46 |
Johor | 1.40 |
Pahang | 1.38 |
Kelantan | 1.37 |
Selangor | 1.37 |
Terengganu | 1.35 |
Kedah | 1.35 |
WP Putrajaya | 1.34 |
Negeri Sembilan | 1.31 |
Melaka | 1.28 |
Perak | 1.27 |
WP Kuala Lumpur | 1.22 |
MALAYSIA | 1.49 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
- Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
- Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Februari 2022 @ 7:00 petang
Lampiran 1
Jadual 2: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)
Kategori 2A | Kategori 2B |
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh |
Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) |
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada |
Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum |
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur |
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan |
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan |
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar |
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.