Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 FEBRUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 8,517 kes (2,860,954 kes kumulatif, 93.5%)
  • Kes baharu : 21,315 (3,061,550 kes kumulatif);
  • Kes import : 81 kes [47  warganegara (58.0%); 34 bukan warganegara (42.0%)];
  • Kes tempatan : 21,234 kes [20,551 warganegara (96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 199 kes (94 kes disahkan COVID-19; 105 kes  disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 115 kes (47 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,613 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,178 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 435 kluster.

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 21,315 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:

  • 16 kes (18.4%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 54 kes (62.1%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
  • 35 kes (40.2%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 28 (32.2%) kes mempunyai penyakit komorbid;
  • 2 (2.3%) kes ibu mengandung dan;
  • 8 (9.2%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (2.3%) adalah kes Brought in Dead (BID).

Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi lalu dimasukkan ke hospital. Sehingga 14 Februari 2022,  kes baharu COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,217 kes. Daripada 1,217 kes ini:

  • 400 kes (32.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 817 kes (67.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 13 kes telah dimasukkan ke ICU dan 1,005 kes telah ditempatkan di katil biasa. Pada yang sama,918 kes COVID-19 telah didiscaj daripada hospital.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 13 Februari 2022

NEGERINILAI RT
WP Labuan1.90
Sarawak1.61
Sabah1.60
Pulau Pinang1.44
Perlis1.43
Pahang1.39
Selangor1.37
Johor1.35
Kelantan1.35
Kedah 1.35
Terengganu1.34
Negeri Sembilan1.34
WP Putrajaya 1.30
Perak 1.27
WP Kuala Lumpur1.22
Melaka1.19
MALAYSIA1.43

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19, bergejala dan tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Februari 2022 @ 7:00 petang

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur    
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam