Press

Kenyataan Akhbar KPK 22 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 FEBRUARI 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 21 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Empat (4) negeri iaitu Johor (70%), Kelantan (61%), WP Kuala Lumpur (58%), dan Melaka (54%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Perlis (109%), Selangor (101%), Kelantan (100%), Perak (97%), Johor (82%), Putrajaya (79%), Sarawak (76%), Sabah (74%), WP Kuala Lumpur (73%), Pahang (58%), Pulau Pinang (53%), dan Terengganu (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)Empat (4) negeri iaitu Selangor (68%), Perak (60%), Melaka (59%), dan Sabah (58%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 164 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 37% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, Hospital dan ICU.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital. Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 21 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,510 kes (Graf 1). Daripada 1,510 kes ini:

  • 578 kes (38.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 932 kes (61.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 Februari 2022:

  • Kes sembuh: 17,749 kes [2,955,404 kes kumulatif (91.0%)];
  • Kes baharu : 25,099 kes (3,246,779 kes kumulatif);
  • Kes import : 85 kes [48  warganegara (56.5%); 37 bukan warganegara (43.5%)];
  • Kes tempatan : 25,014 kes [24,387 warganegara (97.5%); 627 bukan warganegara (2.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 272 kes (104 kes disahkan COVID-19; 168 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 164 kes (60 kes disahkan COVID-19; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 25,099 kes harian yang dilaporkan pada 21 Februari 2022:

  • 100 kes (0.40 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 24,999 kes (99.60 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1 : 7,763 kes (30.93%);
  • Kategori 2 : 17,236 kes (68.67%);
  • Kategori 3 : 56 kes (0.23%);
  • Kategori 4 : 23 kes (0.09%); dan
  • Kategori 5 : 21 kes (0.08%).

Daripada 100 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 21 Februari 2022:

  • 25 kes (25%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 53 kes (53%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak;
  • 22 kes (22%) telah menerima dos penggalak;
  • 47 kes (47%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 52 kes (52%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (1%) ibu mengandung.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,723 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,223 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 500 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 20 Februari 2022

NEGERINILAI RT
WP Labuan1.60
Sarawak1.41
Sabah1.35
Terengganu1.33
Pulau Pinang1.31
Selangor 1.29
Pahang1.29
Kelantan1.28
Kedah1.27
Perlis1.26
Negeri Sembilan1.25
WP Kuala Lumpur1.23
Johor1.21
WP Putrajaya 1.19
Melaka 1.17
Perak 1.15
MALAYSIA1.19

KEBERKESANAN DOS VAKSIN PENGGALAK (BOOSTER) DALAM MENGHADAPI GELOMBANG OMICRON

Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan sejak rasmi pada 1 Oktober 2021, di mana sehingga 21 Februari 2022, 14,078,456 dos telah diberikan kepada individu  dewasa yang layak (59.8% daripada penduduk dewasa di Malaysia).

Carta bar (Carta 2-4) di bawah menunjukkan data terkini dari empat (4) minggu yang lepas (24 Januari 2022 sehingga 21 Februari 2022) bagi kes COVID-19 kategori 3 serta kategori 4 dan 5 (per 100 ribu populasi), dan juga kes kematian akibat COVID-19 per 100 ribu populasi. Daripada carta bar ini dapat disimpulkan bahawa:

  • Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;
  • Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4 dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak (vaccinated but unboosted);
  • Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Oleh itu KKM ingin menyeru semua individu dewasa yang berkelayakan namun belum menerima vaksin dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find . Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji temu tersebut. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak.

SITUASI SEMASA KLUSTER COVID-19 Dari 25 Januari 2020 hingga 19 Februari 2022, CPRC Kebangsaan telah melaporkan sebanyak 6,704 kluster yang melibatkan 538,554 kes. Rumusan kluster mengikut kategori dari tahun 2020 hingga tahun 2022 (sehingga 19 Februari 2022) adalah seperti di Graf 5.  Sebanyak 6,212 kluster telah tamat menjadikan jumlah kluster yang masih aktif sehingga 19 Februari 2022 sebanyak 492 kluster.

Pecahan kes dalam kluster mengikut kategori (Graf 6) adalah:

  • Kluster Tempat Kerja (58.71%);
  • Kluster Komuniti (20.54%);
  • Kluster di Pusat Tahanan (7.63%);
  • Kluster Pendidikan (6.83%); dan
  • Lain-lain: Kluster Aktiviti Keagamaan, Kumpulan Berisiko, dan Kluster Kes Import.

Pada tahun 2022 (1 Januari 2022 hingga 19 Februari 2022), sebanyak 573 kluster telah dilaporkan, di mana:

  • Kluster Pendidikan: 367 kluster (63%);
  • Kluster Tempat Kerja : 119 kluster (20.8%);
  • Kluster Kumpulan Berisiko : 36 kluster (5.7%;
  • Kluster Komuniti : 27 kluster (6.3%);
  • Kluster Import: 12 kluster (2.1%);
  • Kluster Pusat Tahanan : Lapan (8) kluster (1.4%);      dan
  • Kluster Aktiviti Keagamaan : Empat (4) kluster (0.6%).

TREN KLUSTER DILAPORKAN MENGIKUT MINGGU EPIDEMIOLOGI DAN KATEGORI BAGI TAHUN 2022 [SEHINGGA MINGGU EPIDEMIOLOGI (ME) 7/2022]

Pada ME 7/2022, terdapat 118 kluster telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan berbanding 97 kluster pada ME 6/2022. Peningkatan ini adalah sebanyak 21.6 peratus berbanding ME sebelumnya.

Kategori kluster yang menunjukkan peningkatan pada ME 7/2022 ini adalah:

  • Kluster Pendidikan meningkat daripada 61 kluster        pada ME 6/2022 kepada 92 kluster pada ME 7/2022;      dan
  • Kluster Pusat Tahanan meningkat daripada tiada        kluster pada ME 6/2022 kepada tiga (3) kluster pada ME 7/2022.

KLUSTER PENDIDIKAN MENGIKUT TARIKH KLUSTER DIUMUMKAN (1 JANUARI-19 FEBRUARI 2022)

Bermula 1 Januari 2022 sehingga 19 Februari 2022, terdapat 367 kluster pendidikan telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kluster pendidikan telah tamat manakala 346 kluster pendidikan lagi masih aktif.

Trend mingguan kluster pendidikan telah menunjukkan peningkatan yang ketara daripada ME 1/2022 sehingga ME 7/2022. Walau pun terdapat trend penurunan pada ME 5/2022 disebabkan cuti perayaan Tahun Baru Cina, namun, trend ini dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 berkadaran dengan peningkatan kes yang ketara di seluruh negara.

Berdasarkan Graf 9, negeri yang melaporkan kluster pendidikan paling tinggi adalah Kelantan (54 kluster), diikuti oleh Selangor (49 kluster), Pahang (38 kluster), WP Kuala Lumpur (37 kluster), dan Sabah (34 kluster).

  • Siasatan mendapati 328 kluster (89.4 peratus) dengan kes indeks merupakan pelajar, manakala  31 kluster (8.5 peratus) dengan kes indeks merupakan guru atau pensyarah. Sebanyak  6 kluster (1.6 peratus) dengan kes indeks daripada kalangan kakitangan sokongan pusat pendidikan dan baki 2 kluster (0.6 peratus) dengan keluarga sebagai kes indeks.
  • Majoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala. Sebanyak 12,579 kes (76.4 peratus) adalah dari kategori 2, 3,850 kes (23.4 peratus) adalah dari kategori 1, dan 35 kes (0.2 peratus) dari  kategori 3 dan 4. Semua kes telah mendapatkan rawatan dan stabil. 
  • Peringkat sekolah menengah melaporkan kluster paling tinggi iaitu sebanyak 232 kluster, diikuti kolej (68 kluster), sekolah rendah (25 kluster), universiti (22 kluster), dan prasekolah (20 kluster).

Kesemua 257 sekolah yang terlibat adalah daripada pelbagai agensi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maahad Tahfiz, dan lain-lain. Sehingga 19 Februari 2022, sebanyak 232 kluster melibatkan sekolah menengah dan 25 kluster melibatkan sekolah rendah yang masih aktif. Daripada jumlah tersebut:

  • 107 sekolah (42.3 peratus) telah ditutup sementara untuk pembersihan dan dijadikan tempat kuarantin; dan
  • 150 sekolah (58.4 peratus) hanya memerlukan penutupan kelas sahaja.

Siasatan KKM menunjukkan punca utama jangkitan dan penularan COVID-19 di kalangan warga pendidikan adalah disebabkan oleh:

  1. Ketidakpatuhan SOP di dalam dan di luar waktu pengajian formal terutamanya sewaktu di asrama atau di rumah sewa pelajar. Amalan pemakaian pelitup muka semasa berada di asrama didapati masih belum di tahap optimum;
  2. Pergerakan pelajar yang bebas dan pergaulan rapat semasa pelajar di asrama tanpa mematuhi nasihat 3S dan 3W.
  3. Terdapat juga pelanggaran nasihat penjarakan fizikal semasa aktiviti kerohanian di surau atau masjid;
  4. Individu bergejala lewat dikesan di mana pelajar tidak memaklumkan kepada penyelia sewaktu mula bergejala;
  5. Kakitangan bergejala didapati masih hadir ke kelas dan menyebabkan penularan jangkitan kepada pelajar dan kakitangan lain;
  6. Pelajar yang dikuarantin di kolej tidak mematuhi arahan kuarantin;
  7. Ruangan tumpuan pelajar tidak disinfeksi secara berkala; dan
  8. Sistem pengudaraan yang tidak optimum.

Cadangan Penambahbaikan

  1. Pelajar, guru, pensyarah atau anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang keluar masuk ke sekolah disarankan untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala dan melaporkan gejala termasuk pengasingan awal;
  2. Sistem untuk mengenal pasti pelajar yang bergejala dengan cepat perlu dipertingkatkan seperti melalui ketua kelas atau ketua asrama;
  3. Memastikan pengudaraan kelas, asrama, dan dewan sentiasa dalam keadaan yang optimum;
  4. Pemantauan pematuhan SOP oleh semua warga institusi pendidikan; dan
  5. Pembersihan dan disinfeksi permukaan yang kerap disentuh termasuk tandas dilakukan dengan lebih kerap.

Pengukuhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

  1.   KKM menyeru supaya pelajar berusia 18 tahun, ibu bapa, atau penjaga pelajar, petugas dalam institusi pendidikan yang belum mengambil vaksin COVID-19 atau cicir dos kedua vaksinasi COVID-19 untuk mengambil vaksinasi secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
  2.   Ibu bapa dan penjaga disarankan membawa remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang belum menerima vaksinasi COVID-19 agar segera mendapatkan vaksinasi.
  3.  KKM sedang melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun bermula 3 Februari 2022. Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang tinggal di Lembah Klang dipelawa untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka menerima tempahan janji temu.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Februari 2022 @ 10.00 pagi.

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Categories: Press