SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
27 FEBRUARI 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 26 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Lima (5) negeri iaitu Kelantan (94%), Melaka (71%), Johor (67%), WP Kuala Lumpur (58%), dan WP Putrajaya (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
- Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (113%), Selangor (104%), WP Putrajaya (99%), WP Kuala Lumpur (90%), Perak (88%), Perlis (75%), Pahang (71%), Johor (69%), Sabah (64%), Terengganu (61%), Sarawak (59%), dan Pulau Pinang (59%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
- Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (58%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 203 pesakit (7% penggunaan ventilator). Peratusan penggunaan keseluruhan ventilator adalah 35% iaitu jika termasuk untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 26 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,624 kes (Rajah 1). Daripada 1,624 kes ini:
- 598 kes (36.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 1,026 kes (63.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 Februari 2022:
- Kes sembuh: 22,710 kes [3,063,560 kes kumulatif (90.2%)];
- Kes baharu: 27,299 kes (3,395,170 kes kumulatif);
- Kes import: 256 kes [215 warganegara (84.0%); 41 bukan warganegara (16.0%)];
- Kes tempatan: 27,043 kes [26,305 warganegara (97.3%); 738 bukan warganegara (2.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 348 kes (153 kes disahkan COVID-19; 195 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (91 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 27,299 kes harian yang dilaporkan pada 26 Februari 2022:
- 129 kes (0.47 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 27,170 kes (99.53 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
- Kategori 1: 8,846 kes (32.41%);
- Kategori 2: 18,324 kes (67.12%);
- Kategori 3: 62 kes (0.23%);
- Kategori 4: 33 kes (0.12%); dan
- Kategori 5: 34 kes (0.12%).
Daripada 129 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 26 Februari 2022:
- 32 kes (24.81%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 71 kes (55.04%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 26 kes (20.16%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 65 kes (50.39%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 35 kes (27.13%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (0.78%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,774 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,280 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 494 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 26 Februari 2022
NEGERI | NILAI RT |
Perak | 1.34 |
WP Labuan | 1.31 |
Sarawak | 1.26 |
Terengganu | 1.22 |
Perlis | 1.19 |
Negeri Sembilan | 1.19 |
Pulau Pinang | 1.19 |
Pahang | 1.18 |
WP Kuala Lumpur | 1.18 |
Selangor | 1.14 |
Kedah | 1.14 |
Sabah | 1.11 |
Kelantan | 1.11 |
WP Putrajaya | 1.06 |
Melaka | 1.05 |
Johor | 1.01 |
MALAYSIA | 1.08 |
GELOMBANG VARIAN OMICRON
Kes pertama varian Omicron (B.1.1.529) telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) oleh Afrika Selatan pada 24 November 2021 daripada spesimen ujian yang telah diambil pada 9 November 2021. Varian Omicron yang mempunyai 32 mutasi pada protein spike ini telah tersebar dengan cepat di seluruh dunia. Justeru, pada 26 November 2021, WHO telah mengisytiharkan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) dan menggantikan varian Delta sebagai varian dominan.
Sehingga 20 Februari 2022, 169 negara telah melaporkan pengesanan sebanyak 1,571,345 kesvarian Omicron di media dan internet. Sementara itu, sebanyak 153 negara dengan 1,406,717 kes varian Omicron telah dilaporkan di laman sesawang Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID). Tiga (3) negara telah melepasi puncak gelombang varian Omicron iaitu United Kingdom (UK) dengan 498,510 kes, diikuti oleh USA 438,156 kes, dan Denmark 80,324 kes. Manakala negara-negara ASEAN pula menunjukkan peningkatan kes tetapi belum lagi mencapai puncak gelombang varian Omicron. Kes pertama varian Omicron di Malaysia telah dilaporkan pada 3 Disember 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) 48/2021] melibatkan pengembara warga asing dari Afrika Selatan. Sejak itu, varian Omicron telah merebak dengan cepat di kalangan komuniti berbanding varian Delta. Rajah 2 menunjukkan bahawa kes-kes varian Omicron pada bulan Disember 2021 adalah dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) sahaja, namun situasi tersebut berubah pada bulan Januari 2022 apabila kes penularan tempatan varian Omicron mula dilaporkan dengan melibatkan hampir semua negeri.
Bagi mengetahui sejauh mana penularan VOC dalam komuniti, sampel-sampel telah dikumpul secara rawak dari pesakit positif COVID-19 seluruh Malaysia untuk menjalani proses penjujukan genom virus COVID-19.
Rajah 3 menunjukkan data survelan genom SARS-CoV-2 sejak tahun 2020 manakala hasil keputusan untuk enam (6) bulan yang lalu iaitu dari Ogos 2021 hingga Januari 2022 dalam Rajah 4 menunjukkan varian Omicron telah merangkumi 80% daripada semua hasil penjujukan genom di Malaysia.
Malaysia mula menunjukkan lonjakan kes COVID-19 pada ME 6/2022 dengan 115,032 kes (peningkatan sebanyak 167%) berbanding 43,062 kes pada ME 5/2022. Peningkatan kes ini juga dapat dilihat di beberapa negara ASEAN yang lain iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, dan Filipina. Sehingga 19 Februari 2022, Malaysia telah melaporkan sebanyak 950 kes varian Omicron dengan 764 kes adalah jangkitan dari luar negara manakala 186 kes adalah jangkitan tempatan. Kes-kes varian Omicron ini telah dilaporkan oleh beberapa institusi iaitu:
- Institute for Medical Research (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia;
- Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS);
- Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGVI);
- Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC, UM);
- UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM);
- Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA(iPROMISE, UiTM);
- Hospital PengajarUniversiti Putra Malaysia (HP-UPM);
- Hospital Universiti Sains Malaysia (USM);
- Universiti Malaysia Sabah (UMS); dan
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Kuantan.
Walaupun varian Omicron ini menyebabkan gejala dan komplikasi yang lebih ringan berbanding varian-varian yang lain, beberapa langkah yang komprehensif perlu dilaksanakan bagi melandaikan lengkuk COVID-19 ini. Antara langkah-langkah yang perlu dijalankan adalah:
- Memperkasakan komuniti dalam mengawal dan mencegah penyakit COVID-19 dengan mempertingkatkan amalan kendiri dan penjagaan SOP.
- Mengoptimakan perkhidmatan COVID-19 Assessment Centre (CAC) di seluruh negara untuk rawatan pesakit COVID-19 bagi kategori 1 dan 2a dengan meningkatkan kapasiti virtual CAC.
- Kesiapsiagaan perkhidmatan hospital dalam rawatan pesakit kategori 2b ke atas.
- Meningkatkan liputan vaksin COVID-19 dengan:
- Meningkatkan liputan dos penggalak vaksin COVID-19 dalam kalangan dewasa; dan
- Meningkatkan liputan COVID-19 vaksin dalam kalangan kanak-kanak 5-11 tahun.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
- Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Covid Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
27 Februari 2022 @ 10.00 pagi.
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2A | Kategori 2B |
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh |
Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) |
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada |
Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum |
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur |
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan |
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan |
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar |
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.