SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
28 FEBRUARI 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 27 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Enam) 6 negeri iaitu Kelantan (94%) Johor (69%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (62%), Perak (58%), dan Melaka (58%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
- Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (108%), Selangor (101%), WP Putrajaya (95%), WP Kuala Lumpur (94%), Perak (87%), Perlis (74%), Johor (70%), Pahang (66%), Sabah (60%), Pulau Pinang (60%), Terengganu (57%), dan Sarawak (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
- Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 193 pesakit (7% penggunaan ventilator). Peratusan penggunaan keseluruhan ventilator adalah 35% iaitu jika termasuk untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 27 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,559 kes (Rajah 1). Daripada 1,559 kes ini:
- 569 kes (36.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 990 kes (63.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 27 Februari 2022:
- Kes sembuh: 22,380 kes [3,085,940 kes kumulatif (90.2%)];
- Kes baharu: 24,466 kes (3,419,636 kes kumulatif);
- Kes import: 246 kes [208 warganegara (84.6%); 38 bukan warganegara (15.4%)];
- Kes tempatan: 24,220 kes [23,272 warganegara (96.1%); 948 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (146 kes disahkan COVID-19; 207 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (86 kes disahkan COVID-19; 107 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 24,466 kes harian yang dilaporkan pada 27 Februari 2022:
- 105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 24,361 kes (99.57 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
- Kategori 1: 8,704 kes (35.58%);
- Kategori 2: 15,657 kes (63.99%);
- Kategori 3: 51 kes (0.21%);
- Kategori 4: 34 kes (0.14%); dan
- Kategori 5: 20 kes (0.08%).
Daripada 105 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 Februari 2022:
- 25 kes (23.81%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 56 kes (53.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 24 kes (22.86%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 53 kes (50.48%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 36 kes (34.29%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,779 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,295 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 484 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 27 Februari 2022
NEGERI | NILAI RT |
Perak | 1.32 |
WP Labuan | 1.27 |
Sarawak | 1.24 |
Terengganu | 1.22 |
Perlis | 1.21 |
Negeri Sembilan | 1.17 |
Pahang | 1.15 |
Pulau Pinang | 1.13 |
WP Kuala Lumpur | 1.13 |
Selangor | 1.13 |
Kedah | 1.11 |
Kelantan | 1.08 |
WP Putrajaya | 1.08 |
Melaka | 1.08 |
Sabah | 1.07 |
Johor | 1.00 |
MALAYSIA | 1.05 |
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3.00 petang, 27 Februari 2022, terdapat dua (2) negeri dilanda banjir iaitu Terengganu dan Kelantan. Sebanyak 54 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 15 buah daerah telah dibuka dengan jumlah mangsa sebanyak 9,741 orang. Bilik gerakan banjir di kedua-dua buah negeri telah diaktifkan pada 26 Februari 2022.
Sebanyak dua (2) kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Terengganu dengan jumlah kumulatif 25 kes. Kesemua kes COVID-19 yang dilaporkan telah dikenalpasti dan diasingkan dari mangsa banjir yang lain di PPS khas. Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di PPS.
Sebanyak dua (2) fasiliti kesihatan di negeri Terengganu terjejas banjir (tahap 1) iaitu Klinik Kesihatan (KK) Wakaf Tapai, Marang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus. Walau bagaimanapun, kedua-dua fasiliti tersebut dilaporkan masih beroperasi seperti biasa.
Pada 27 Februari 2022, terdapat tujuh (7) kes acute respiratory infection (ARI) dan satu (1) kes penyakit kulit dilaporkan. Tiada kes konjunktivitis, typhoid, kolera, leptospirosis, dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adfalah seperti Jadual 5:
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
- Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
- Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
- Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
- Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera sebanyak dua (2) kali sehari (sebelum 12 tengah hari dan 6 petang). SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 Februari 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 6: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2A | Kategori 2B |
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh |
Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) |
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada |
Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum |
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur |
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan |
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan |
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar |
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.