Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 MAC 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 28 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Lapan) 8 negeri iaitu Kelantan (70%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (63%), Melaka (61%), Perak (58%), Perlis (55%), dan Sabah (53%)menunjukkan peratusan pengisian 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (106%), WP Kuala Lumpur (91%), Perak (91%), Kelantan (87%), WP Putrajaya (84%), Perlis (78%), Pahang (69%), Johor (68%), Terengganu (60%),  Sabah (60%), Pulau Pinang (57%), dan Sarawak (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 193 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 35% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital. Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 28 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,555 kes (Rajah 1). Daripada 1,555 kes ini:

  • 592 kes (38.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 963 kes (61.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori  1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 28 Februari 2022:

  • Kes sembuh: 30,624 kes [3,116,564 kes kumulatif (90.5%)], di mana kes sembuh melebihi kes baharu;
  • Kes baharu: 23,100 kes (3,442,736  kes kumulatif);
  • Kes import: 298 kes [262  warganegara (87.9%); 36 bukan warganegara (12.1%)];
  • Kes tempatan: 22,802 kes [22,150 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 361 kes (133 kes disahkan COVID-19; 228 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (76 kes disahkan COVID-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 23,100 kes harian yang dilaporkan pada 28 Februari 2022:

  • 186 kes (0.81 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 22,914 kes (99.19 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1: 8,304 kes (35.95%);
  • Kategori 2: 14,610 kes (63.24%);
  • Kategori 3: 96 kes (0.42%);
  • Kategori 4: 39 kes (0.17%); dan
  • Kategori 5: 51 kes (0.22%).

Daripada 186 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 28 Februari 2022:

  • 39 kes (20.97%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 84 kes (45.16%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 63 kes (33.87%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 82 kes (44.09%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 84 kes (45.16%) mempunyai komorbid dan;
  • 2 kes (1.08%) kes adalah ibu mengandung.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,782 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,302 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 480 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 28 Februari 2022

NEGERINILAI RT
Perak1.31
Sarawak1.22
Terengganu1.21
WP Labuan1.18
Perlis1.17
Negeri Sembilan1.15
Selangor1.12
Pahang1.12
Pulau Pinang1.11
WP Kuala Lumpur1.10
Kedah1.08
Kelantan1.06
WP Putrajaya 1.06
Melaka1.05
Sabah1.03
Johor1.00
MALAYSIA1.03

SITUASI SEMASA KLUSTER COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan status kluster COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Februari 2022 [Minggu Epidemiologi (ME) 8/2022] (jam 12:00 tengah hari);

• Dari 25 Januari 2020 hingga 26 Februari 2022, sebanyak 6,774 kluster telah dilaporkan melibatkan 542,296 kes (Rajah 2). Peratus kes dalam kluster mengikut kategori adalah seperti dalam Rajah 3. Sebanyak 6,280 kluster telah tamat menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 494 kluster.

• Pecahan kluster mengikut kategori adalah:
o Kluster tempat kerja (58.46%);
o Kluster komuniti (20.41%);
o Kluster pusat tahanan (7.62%);
o Kluster pendidikan (7.22%) dan;
o Lain-lain: Kluster aktiviti keagamaan, kluster kumpulan berisiko, dan kluster import.

Dari 1 Januari 2022 hingga 26 Februari 2022, sebanyak 643 kluster telah dilaporkan (Rajah 4):

  • Kluster pendidikan : 407 kluster (63.3%);
  • Kluster tempat kerja : 133 kluster (20.7%);
  • Kluster kumpulan berisiko : 49 kluster (7.6%;
  • Kluster komuniti : 28 kluster (4.4%);
  • Kluster import : 12 kluster (1.9%);
  • Kluster pusat tahanan : 10 kluster (1.5%); dan
  • Kluster aktiviti keagamaan : 4 kluster (0.6%).

Pada ME 8/2022, terdapat penurunan jumlah kluster yang dilaporkan sebanyak 48 kluster (40.7%) iaitu sebanyak 70 kluster dilaporkan pada ME 8/2022 berbanding 118 kluster dilaporkan pada ME 7/2022.

Kategori kluster yang menunjukkan peningkatan pada ME 8/2022 adalah:

  • Kluster kumpulan berisiko meningkat sebanyak 5 Kluster (62.5%) dengan 13 kluster pada ME 8/2022 berbanding lapan (8) kluster pada ME 7/2022; dan
  • Kluster komuniti meningkat sebanyak 1 kluster (100%) dengan 2 kluster pada ME 8/2022) berbanding 1 kluster pada ME 7/2022. 

Kluster yang menunjukkan penurunan pada ME 8/2022 adalah:

  • Kluster pendidikan menurun sebanyak 52 (56.5%) dengan 40 kluster pada ME 8/2022 berbanding 92 kluster pada ME 7/2022 ; dan
  • Kluster pusat tahanan menurun sebanyak 2 kluster (66.7%) dengan 1 kluster pada ME 8/2022 berbanding 3 kluster pada ME 7/2022.

Bagi kluster tempat kerja, jumlah kluster yang dilaporkan pada ME 7/2022 dan ME 8/2022 adalah sama dengan 14 kluster telah dilaporkan pada kedua-dua minggu.Tiada kluster import dan kluster aktiviti keagamaan dilaporkan pada ME 7/2022 dan ME 8/2022.

KLUSTER TEMPAT KERJA MENGIKUT TARIKH KLUSTER DIUMUMKAN (25 JANUARI 2020 HINGGA 26 FEBRUARI 2022)

Dari 25 Januari 2020 hingga 26 Februari 2022, terdapat sejumlah 3,494 kluster tempat kerjatelah dilaporkan dengan 3,408 kluster tempat kerja telah tamat menjadikan sebanyak 86 kluster tempat kerja yang masih aktif.

Pada tahun 2022 (sehingga 26 Februari 2022), terdapat sebanyak 133 kluster tempat kerja telah dilaporkan. Jumlah kluster tempat kerja yang dilaporkan pada tahun 2022 mewakili empat (4) peratus dari keseluruhan kluster tempat kerja dalam tiga (3) tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022, majoriti kluster tempat kerja adalah dari subkategori sektor pembuatan, diikuti subkategori perkhidmatan dan pentadbiran awam, pertanian, pembinaan, dan perlombongan / kuari (Rajah 5).

TREN KLUSTER TEMPAT KERJA

Jumlah kluster tempat kerja tertinggi telah dilaporkan pada ME 33/2021, namun bermula ME 37/2021, tren ini mula menunjukkan penurunan (Rajah 6). Ini selaras dengan kejayaan program vaksinasi, walaupun terdapat mobilisasi dalam kalangan penduduk semasa Fasa Pemulihan ini.

Pada tahun 2022, jumlah kluster tempat kerja tertinggi telah dilaporkan pada ME 6/2022 dengan 23 kluster diikuti tren penurunan pada  ME 7/2022 dan ME 8/2022 dengan 14 kluster dilaporkan pada kedua-dua minggu (Rajah 6).

Secara keseluruhannya, sebanyak 201,281 kes (63 peratus) dari keseluruhan kluster tempat kerja melibatkan bukan warganegara.

Dari 1 Januari 2021 hingga 26 Februari 2022, siasatan mendapati, punca penularan paling tinggi adalah di tempat kerja (56.8%), diikuti asrama pekerja (29.08%), rumah kongsi (13.38%), tempat-tempat lain (0.51%), dan rumah sewa (0.23%) (Rajah 7).

Risiko jangkitan/ penularan berkemungkinan boleh berlaku dalam kalangan komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja, begitu juga sebaliknya iaitu boleh menular dari tempat kerja ke dalam kalangan komuniti. Hasil siasatan mendapati, risiko utama adalah disebabkan oleh aktiviti rutin dan aktiviti bukan rutin;

Aktiviti rutin adalah seperti :

  1. Pengangkutan pergi dan pulang dari tempat kerja; dan
  2. Risiko ditempat kerja seperti di ruangan parkir, laluan masuk, stesen kerja, kantin, pantri, tandas, ruang rehat, dan surau.

Manakala aktiviti yang bukan rutin merangkumi –Mesyuarat, latihan, perhimpunan, majlis sosial, dan aktiviti bersukan.

Punca utama jangkitan adalah seperti berikut:

  1. Ketidak patuhan SOP semasa pergaulan di tempat kerja dan di luar waktu kerja terutamanya sewaktu di asrama atau hostel pekerja juga di rumah sewa pekerja serta semasa di dalam pengangkutan pekerja.
  2. Amalan pemakaian pelitup muka semasa berada di tempat kerja dan asrama masih belum di tahap optima. Pergerakan pekerja yang bebas semasa berada di tempat kerja dan asrama pekerja serta pergaulan rapat semasa pekerja berada di asrama.
  3. Tiada penjarakan fizikal semasa aktiviti kerohanian khususnya di surau.
  4. Individu bergejala lewat dikesan di mana pekerja tidak memaklumkan kepada penyelia sewaktu mula bergejala.
  5. Pihak atasan bergejala tetapi masih hadir ke tempat kerja dan menyebabkan jangkitan kepada pekerja dan kakitangan lain.
  6. Pekerja yang dikuarantin di asrama atau rumah sewa pekerja masih gagal mematuhi arahan kuarantin.
  7. Ruangan tumpuan pekerja sangat sempit dan tidak dilakukan disinfeksi secara berkala.
  8. Sistem pengudaraan yang tidak mencukupi – tiada ekzos fan bagi bilik aircond, tingkap di tempat kerja dan asrama pekerja.

Cadangan penambahbaikan terdiri dari tiga (3) tempat utama iaitu tempat kerja, tempat tinggal pekerja, dan pengangkutan:

Tempat Kerja :

  1. Penyeliaan yang ketat dalam pematuhan SOP di tempat kerja.
  2. Sistem masuk kerja secara staggered bagi mengurangkan kesesakan semasa clock in/ clock out  dan di bilik loker;
  3. Waktu rehat berperingkat.
  4. Akses bagi fasiliti perlu sahaja.
  5. Pemasangan visual cues (penanda di lantai bagi memastikan penjarakkan sosial).
  6. Latihan berkala kepada pekerja.
  7. Kerjasama dengan NGO bagi penyampaian maklumat dan komunikasi risiko yang berkesan (building trust).

Tempat Tinggal Pekerja:

  1. Penguatkuasaan tegas Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan, dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
  2. Penyediaan penginapan pekerja yang kondusif.
  3. Menstruktur semula tempat penginapan pekerja yang sesak, sempit, dan tidak bersih.
  4. Memastikan aliran udara dan ventilasi yang sesuai di tempat penginapan pekerja.
  5. Penyediaan tempat pengasingan bagi kes-kes positif COVID-19 dan kontak rapat perlu dikuarantin.
  6. Sokongan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kepada industri kecil dan sederhana dalam penyediaan tempat tinggal pekerja.

Pengangkutan:

  1. Hadkan jumlah pekerja dalam pengangkutan.
  2. Pematuhan kepada konsep safe workplace bubble bagi mengelakkan percampuran kohort pekerja.
  3. Disinfeksi permukaan sentuh dalam pengangkutan secara kerap.
  4. Penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan.
  5. Sanitasi tangan sebelum masuk ke dalam pengangkutan.
  6. Penekanan etika batuk dan bersin yang betul semasa dalam pengangkutan.

Pengukuhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Semua pekerja yang belum mengambil vaksin COVID-19 atau cicir dos kedua vaksinasi COVID-19 adalah disarankan untuk mengambil vaksinasi secara walk in di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Ventilasi Tempat Kerja

Seperti yang diketahui, risiko penularan COVID-19 adalah tinggi di dalam bangunan tertutup dengan sistem pengudaraan yang kurang baik berbanding di luar bangunan atau di tempat yang mempunyai ventilasi yang lebih baik. Beberapa kajian menunjukkan bahawa virus COVID-19 akan terampai lama di udara dan boleh tersebar sejauh dua (2) hingga enam (6) meter dalam ruangan tertutup tanpa pengudaraan yang baik.

Panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman bagi tetapan bukan kediaman semasa Pandemik COVID-19

  1. Sistem Penyaman Udara dengan Pengudaraan Mekanikal (Sistem Penyaman Udara Berpusat). Penilaian sistem dan penyeleggaraan sistem merangkumi:
  • Penilaian sistem:
    • Pastikan  semua komponen diselenggara;
    • Tingkatkan pengudaraan udara bersih;
    • Periksa dan tukar penapis secara berkala; dan
    • Kurangkan kepadatan penghuni.
  • Penyelenggaraan sistem :
    • Sistem air bangunan hendaklah ditukar dan  diselenggara dengan betul;
    • Pemeriksaan harian komponen (contohnya penggunaaan penapis minima MERV 13 atau High Efficiency Particulate Air (HEPA);
    • Hidupkan kipas ekzos secara berterusan untuk memastikan tekanan negatif relatif kepada ruangan bersebelahan; dan
    • Suhu 230C-260C dengan kelembapan relatif 40%-70%.
  • Sistem Penyaman Udara Tanpa Udara Segar (Sistem Penyaman Udara Tidak Berpusat)
    • Buka tingkap dan pintu bagi kemasukan udara    segar/semula jadi;
    • Pastikan kipas ekzos sentiasa dibuka bagi meningkatkan pengudaraan;
    • Gunakan pembersih udara mudah alih (cadangan penggunaan penapis HEPA); dan
    • Memastikan material air (water seal) dalam keadaan baik dan kenalpasti rekahan.
  • Pengudaraan Semula jadi
    • Buka tingkap dan pintu bagi kemasukan udara   segar/semula jadi;
    • Bersihkan dan singkirkan udara dalaman dengan kerap (halakan kipas ke arah tingkap dan pintu;
    • Jangan halakan aliran angina kipas secara terus dari seorang penghuni ke penghuni yang lain; dan
    • Pastikan kipas ekzos sentiasa dihidupkan bagi meningkatkan pengudaraan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Covid Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Mac 2022 @ 10.00 pagi

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam