Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

2 MAC 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 1 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Lapan) 8 negeri iaitu WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (63%), Melaka (63%), Kelantan (58%), Perlis (55%), Selangor (55%), dan Sabah (53%)menunjukkan peratusan pengisian 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (94%), WP Kuala Lumpur (95%), Perak (90%), WP Putrajaya (86%), Selangor (81%), Perlis (78%), Pahang (73%), Johor (66%), Terengganu (62%), Pulau Pinang (60%), Sabah (54%),  dan Sarawak (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (60%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 213 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 1 Mac 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,754 kes (Rajah 1). Daripada 1,754 kes ini:

  • 575 kes (32.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,179 kes (67.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori  1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 25,548 kes [3,142,112 kes kumulatif (90.6%)];
  • Kes baharu: 25,854 kes (3,468,590  kes kumulatif);
  • Kes import: 448 kes [378  warganegara (84.4%); 70 bukan warganegara (15.6%)];
  • Kes tempatan: 25,406 kes [24,543 warganegara (96.6%); 863 bukan warganegara (3.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (134 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 213 kes (74 kes disahkan COVID-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 25,854 kes harian yang dilaporkan pada 1 Mac 2022:

  • 152 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 25,702 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1: 8,877 kes (34.33%);
  • Kategori 2: 16,825 kes (65.08%);
  • Kategori 3: 87 kes (0.34%);
  • Kategori 4: 37 kes (0.14%); dan
  • Kategori 5: 28 kes (0.11%).

Daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 1 Mac 2022:

  • 25 kes (16.45%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 89 kes (58.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 38 kes (25.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 65 kes (42.76%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 51 kes (33.55%) mempunyai komorbid dan;
  • 1 kes (0.66%) kes adalah ibu mengandung.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,789 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,314 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 475 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 1 Mac 2022

NEGERINILAI RT
Sarawak1.37
Perak1.28
Terengganu1.18
Negeri Sembilan1.18
Perlis1.16
WP Labuan1.12
Selangor1.12
Pahang1.12
Pulau Pinang1.11
WP Kuala Lumpur1.11
Kedah1.07
WP Putrajaya 1.06
Kelantan1.05
Melaka1.03
Sabah1.00
Johor0.97
MALAYSIA1.02

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Covid Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Mac 2022 @ 10.00 pagi

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam