Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

13 MAC 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 12 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu WP Putrajaya (167%), Kelantan (69%), Johor (68%), WP Kuala Lumpur (65%), Selangor (58%) dan Perak (53%) menunjukkan peratusan pengisian 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (109%), WP Kuala Lumpur (95%), Perlis (91%), Perak (91%), Terengganu (91%), WP Putrajaya (86%), Sarawak (78%), Kelantan (76%), Melaka (74%), Johor (62%), Pahang (58%) dan Pulau Pinang (56%) menunjukkan peratusan pengisian   ≥ 50% (Jadual 1);
  • Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 211 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator24%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 12 Mac 2022, sebanyak 1,868 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):

  • 753 kes (40 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,115 kes (60 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 12 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 25,089 kes [3,443,532 kes kumulatif (90.6%)];
  • Kes baharu: 26,250 kes (3,801,036 kes kumulatif);
  • Kes import: 545 kes [509 warganegara (93.4%); 36 bukan warganegara (6.6%)];
  • Kes tempatan: 25,705 kes [24,878 warganegara (96.8%); 827 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 367 kes (169 kes disahkan COVID-19; 198 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 211 kes (100 kes disahkan COVID-19; 111 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,250 kes harian yang dilaporkan pada 12 Mac 2022:

  • Kategori 1: 8,652 kes (32.96%);
  • Kategori 2: 17,421 kes (66.37%);
  • Kategori 3: 70 kes (0.26%);
  • Kategori 4: 60 kes (0.23%); dan
  • Kategori 5: 47 kes (0.18%).

Daripada 177 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 12 Mac 2022:

  • 43 kes (24.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 91 kes (51.41%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 43 kes (24.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 99 kes (55.93%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 77 kes (43.50%) mempunyai komorbid; dan
  • 2 kes (1.13%) adalah ibu mengandung.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,875 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 2 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,480 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 395 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 12 Mac 2022

NEGERINILAI RT
Sarawak1.29
WP Kuala Lumpur1.14
Terengganu1.13
Perak1.07
Negeri Sembilan1.07
Selangor1.04
WP Putrajaya 1.03
Melaka1.03
Pulau Pinang1.03
Pahang1.02
Kedah1.02
Johor1.00
Perlis0.99
Kelantan0.97
WP Labuan0.80
Sabah0.70
MALAYSIA0.99

JANGKITAN COVID-19 DALAM  KALANGAN WARGA EMAS

Warga emas adalah golongan yang paling terkesan dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 dengan komplikasi teruk akibat jangkitan tersebut. Ini adalah kerana daya tahan tubuh yang rendah, penyakit kronik yang dihidapi oleh warga emas, dan proses penyembuhan serta pemulihan daripada jangkitan COVID-19 juga lebih perlahan dan rumit. Kadar kematian warga emas juga lebih tinggi berbanding dengan golongan yang lain.

Dari 19 Mac 2020 hingga 9 Mac 2022, sebanyak 3,711,199 kes COVID-19 telah dilaporkan di Malaysia dengan 367,522 (9.9%) warga emas telah dijangkiti. Sebanyak 19,250 (57.4%) kematian yang dilaporkan adalah dalam kalangan warga emas (Rajah 2).

Berbanding dengan kumpulan umur yang lebih muda (kumpulan umur kurang 60 tahun), jumlah dan kadar kematian dalam kalangan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas adalah lebih tinggi (Rajah 3 dan Rajah 4).

KLUSTER COVID-19 DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

Warga emas yang berada di pusat jagaan juga terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19 yang mana jangkitan mungkin menjadi tidak terkawal jika penghuni dan penjaga tidak mengikut SOP. Golongan ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat COVID-19 berbanding warga emas dalam komuniti. Faktor umur, keadaan mereka yang lebih lemah (frail), dan pelbagai penyakit kronik yang dihidapi menjadikan mereka paling berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk dan memerlukan kemasukan ke hospital serta kebergantungan yang tinggi kepada rawatan intensif. Penularan jangkitan COVID-19 dalam pusat jagaan warga emas  lebih mudah dan cepat kerana jumlah penghuni yang ramai mengakibatkan kesukaran amalan penjarakan fizikal. Pada tahun 2020, data antarabangsa melaporkan sebanyak 47 peratus kematian adalah dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi berkediaman.

Bermula 25 Januari 2020 sehingga 3 Mac 2022, sebanyak 154 (39.6%) kluster COVID-19 di pusat jagaan warga emas telah dilaporkan. Kluster ini adalah penyumbang tertinggi berbanding kluster-kluster kumpulan berisiko yang lain seperti  kluster di pusat jagaan kanak-kanak, pusat dialisis, dan sebagainya (Rajah 5).

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Warga emas telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran utama yang perlu diberi vaksinasi selepas petugas barisan hadapan. Sejak 19 April 2021, warga emas mula ditawarkan vaksinasi COVID-19 bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk COVID-19 termasuk kemasukan ke hospital dan kematian.

Keberkesanan vaksinasi dapat dilihat melalui penurunan kes kematian dalam kalangan warga emas yang telah lengkap divaksinasi dos primer dan dos penggalak pada tahun 2021 berbanding 2020 (Rajah 6).

Sehingga 9 Mac 2022, sebanyak 3,355,784 (91.9 peratus) warga emas telah menerima dos primer vaksin COVID-19 yang lengkap. Selepas dos penggalak diperkenalkan pada 16 Oktober 2021, sebanyak 2,472,576 (73.6 peratus) warga emas telah mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 (Rajah 7).

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 yang bermula sejak 19 April 2021 turut melibatkan warga emas yang berada di institusi/ pusat jagaan warga emas, di mana mereka adalah golongan yang berisiko tinggi dan sebahagian mereka tidak mempunyai keupayaan fizikal mahupun mental. Bagi memastikan PICK kepada golongan warga emas dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, ia dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Temujanji MySejahtera di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Klinik Kesihatan (KK), Hospital, dan Klinik Swasta (Protect Health); dan
  2. Pasukan bergerak Pejabat Kesihatan Daerah ke institusi/ pusat jagaan warga emas yang berdaftar mahupun tidak berdaftar. Melalui inisiatif public-private partnership, bagi memudahcara dan meningkatkan kadar pemberian vaksin di institusi jagaan warga emas, KKM juga berkolaborasi dengan badan Bukan Kerajaan dan Sukarelawan Perubatan seperti Pertubuhan Bulan Sabit Merah, Mercy, St John Ambulance, dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dalam program vaksinasi ini.

Sehingga 10 Mac  2022, sebanyak 1,023 institusi/ pusat jagaan warga emas berdaftar dan tidak berdaftar telah dilawati di mana seramai 19,646 penghuni dan 10,173 penjaga telah lengkap 2 dos vaksinasi COVID-19 (100 peratus). Seramai 11,002 penghuni dan 4,141 penjaga di pusat jagaan warga emas telah menerima dos penggalak (50.8%). Maklumat lanjut berkaitan pusat jagaan warga emas yang telah menerima lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak adalah seperti di Jadual 5 dan Jadual 6.

Daripada beberapa rajah dan jadual di atas,  dapat disimpulkan bahawa:

  • Kadar kematian warga emas adalah lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain;
  • Kumpulan warga emas  yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 dan mengakibatkan kematian;
  • Warga emas yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat jumlah kes dijangkiti COVID-19 dan juga kematian akibat COVID-19 yang lebih rendah dalam kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksinasi tetapi tidak lengkap dos penggalak; dan
  • Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Oleh itu KKM ingin menyeru semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak. Vaksin tidak menjadikan seseorang kebal terhadap jangkitan COVID-19, tetapi vaksin dapat melindungi daripada kesan jangkitan yang teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Pencegahan melalui pemakaian pelitup muka dan mematuhi SOP adalah sangat penting bagi mengelak daripada dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Warga emas perlu dimaklumkan dan dipupuk membudayakan norma baharu dalam kehidupan. Ahli keluarga, penjaga, pengusaha pusat jagaan, dan komuniti perlu diingatkan untuk  memainkan peranan  penting  membantu warga emas mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan seperti:

  • Kekal amalkan kehidupan norma baru;
  • Amalkan dan patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan;
  • Ambil dan lengkapkan vaksin termasuk dos penggalak;
  • Amalkan kawalan kesihatan awam kendiri (TRIIS) seperti menjalani ujian dan kuarantin kendiri jika bergejala atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19; dan
  • Dapatkan rawatan segera jika gejala bertambah teruk.

Warga emas juga perlu membudayakan hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal secara berkala, makan secara sihat, dan menjaga kesihatan mental untuk mengukuhkan daya ketahanan badan melawan penyakit. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Mac 2022 @ 10.30 pagi

Lampiran 1

Jadual 7: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam