SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
14 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 13 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu WP Putrajaya (100%), Kelantan (75%), Johor (73%), WP Kuala Lumpur (73%), Selangor (58%), dan Perlis (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (108%), WP Kuala Lumpur (98%), WP Putrajaya (92%), Terengganu (91%), Perak (89%), Perlis (88%), Sarawak (81%), Kelantan (76%), Melaka (80%), Johor (61%), Pulau Pinang (60%), dan Pahang (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil PKRC: : Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 222 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator25%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2 di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

pada 13 Mac 2022
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 13 Mac 2022, sebanyak 1,757 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
- 721 kes (41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 1,036 kes (59 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 13 Mac 2022:
- Kes sembuh: 25,356 kes [3,468,888 kes kumulatif (90.7%)];
- Kes baharu: 22,535 kes (3,823,571 kes kumulatif);
- Kes import: 361 kes [327 warganegara (90.6%); 34 bukan warganegara (9.4%)];
- Kes tempatan: 22,174 kes [21,522 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 384 kes (174 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (103 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 22,535 kes harian yang dilaporkan pada 13 Mac 2022:
- Kategori 1: 8,637 kes (38.33%);
- Kategori 2: 13,713 kes (60.85%);
- Kategori 3: 72 kes (0.32%);
- Kategori 4: 63 kes (0.28%); dan
- Kategori 5: 50 kes (0.22%).
Daripada 185 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 13 Mac 2022:
- 39 kes (21.08%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 88 kes (47.57%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 58 kes (31.35%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 109 kes (58.92%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 53 kes (28.65%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,881 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,492 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 389 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NEGERI | NILAI RT |
Sarawak | 1.26 |
WP Kuala Lumpur | 1.12 |
Terengganu | 1.12 |
Negeri Sembilan | 1.07 |
Perak | 1.06 |
Kedah | 1.03 |
Pulau Pinang | 1.02 |
Pahang | 1.02 |
Selangor | 1.01 |
WP Putrajaya | 1.00 |
Melaka | 1.00 |
Johor | 1.00 |
Kelantan | 0.97 |
Perlis | 0.93 |
WP Labuan | 0.80 |
Sabah | 0.70 |
MALAYSIA | 0.97 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2A | Kategori 2B |
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh |
Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) |
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada |
Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum |
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur |
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan |
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan |
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar |
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
Categories: Communicable disease
You must be logged in to post a comment.