SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 MAC 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 20 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Lima (5) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (67%), Johor (66%), Perlis (64%), Kelantan (58%), dan Selangor (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil Bukan ICU: 11 negeri iaitu Selangor (89%), WP Putrajaya (78%), Terengganu (77%), WP Kuala Lumpur (76%), Perlis (72%), Perak (70%), Melaka (70%), Sarawak (56%), Kelantan (55%), Negeri Sembilan (55%), dan Pahang (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1) dan;
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 203 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 23%.
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2 di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 20 Mac 2022, sebanyak 1,239 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
- 526 kes (42.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 713 kes (57.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Mac 2022:
- Kes sembuh: 28,250 kes [3,684,665 kes kumulatif (92.3%)];
- Kes baharu: 19,105 kes (3,993,124 kes kumulatif);
- Kes import: 386 kes [373 warganegara (96.6%); 13 bukan warganegara (3.4%)];
- Kes tempatan: 18,719 kes [18,046 warganegara (96.4%); 673 bukan warganegara (3.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 371 kes (158 kes disahkan COVID-19; 213 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (95 kes disahkan COVID-19; 108 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 19,105 kes harian yang dilaporkan pada 20 Mac 2022:
- Kategori 1: 8,267 kes (43.27%);
- Kategori 2: 10,645 kes (55.72%);
- Kategori 3: 81 kes (0.42%);
- Kategori 4: 44 kes (0.23%); dan
- Kategori 5: 68 kes (0.36%).
Daripada 193 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Mac 2022:
- 58 kes (30.05%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 78 kes (40.41%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 57 kes (29.53%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 92 kes (47.67%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 81 kes (41.97%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,912 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 1 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,608 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 304 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 20 Mac 2022
NEGERI | NILAI RT |
Sarawak | 1.03 |
Perak | 1.02 |
WP Kuala Lumpur | 1.00 |
WP Putrajaya | 0.99 |
Pulau Pinang | 0.99 |
Terengganu | 0.98 |
Negeri Sembilan | 0.98 |
Selangor | 0.98 |
Melaka | 0.95 |
Johor | 0.94 |
Pahang | 0.93 |
Kedah | 0.89 |
Perlis | 0.87 |
Kelantan | 0.87 |
WP Labuan | 0.74 |
Sabah | 0.64 |
MALAYSIA | 0.93 |
PENULARAN SUB-LINEAGE VARIANT OF CONCERN (VOC) OMICRON BA.2 DAN KESAN KESIHATAN AWAM
KKM ingin memaklumkan bahawa, melalui kajian dan survelan genomik berterusan yang telah dijalankan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM), Tropical Infectious Diseases Research and Education Centre (TIDREC-UM), Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGVI), Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS), Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HP-UPM), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Kuantan, dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM menunjukkan bahawa varian Omicron telah mula menggantikan varian Delta sebagai varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia.
Untuk makluman, Variant of Concern (VOC) Omicron terbahagi kepada tiga sub-lineage iaitu BA.1, BA.1.1, dan BA.2. Sehingga 20 Mac 2022, masih belum ada laporan mengenai kewujudan satu lagi sub-lineage iaitu BA.3 di Malaysia. Kebimbangan terhadap sub-lineage BA.2 adalah kerana ia berkemungkinan mengakibatkan transmisi yang lebih tinggi berbanding dengan sub-lineage Omicron yang lain serta varian Delta.
Di antara tiga sub-lineage varian Omicron yang menular, jumlah pelaporan sub-lineage BA.1.1 dan BA.2 dilihat semakin meningkat (Rajah 2). Omicronsub-lineage BA.1.1 telah meningkat daripada 38.3% pada Januari 2022 kepada 48.7% pada bulan Februari 2022, namun menurun kepada 40.0% pada bulan Mac 2022. Bagi tempoh yang sama (1 Mac 2022 hingga 17 Mac 2022), didapati varian Omicron BA.2 telah meningkat ke 27.1% berbanding pada bulan Januari 2022 dan Februari 2022 di mana pelaporan untuk varian Omicron sub-lineage BA.2 hanyalah masing-masing 0.9% dan 2.7%.
Kenaikan mendadak sub-lineage BA.2 ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian.
Situasi yang sama juga dilihat di beberapa negara seperti Denmark, India, dan Nepal yang telah melaporkan varian utama virus SAR-CoV2 yang menular di negara mereka adalah varian Omicron sub-lineage BA.2. KKM menjangkakan, besar kemungkinan varian Omicron sub-lineage BA.2 kelak akan menjadi varian yang dominan di Malaysia. Justeru, penduduk Malaysia perlu berwaspada dengan peningkatan penularan varian Omicron BA.2 dan pada masa yang sama, kita juga perlu khuatir kepada penularan berpanjangan varian Delta yang diketahui berupaya mengakibatkan jangkitan yang lebih serius terutama di kalangan mereka yang tidak divaksinasi atau tidak menerima vaksin dos penggalak (booster).
Neutralizing Antibodies (NAb) adalah antibodi yang bertanggungjawab untuk mempertahankan sel daripada organisma yang menyebabkan penyakit, iaitu terbentuk sama ada melalui vaksinasi atau tindakbalas tubuh terhadap jangkitan terdahulu. Dapatan kajian oleh Jingyou Yu et. al, 2022, telah menyarankan bahawa vaksin dos panggalak (booster) adalah disyorkan untuk meningkatkan tahap NAb yang lebih tinggi dan konsisten terhadap BA.1 atau BA.2. Ia berfungsi untuk melindungi mereka yang dijangkiti sub-lineage varian Omicron daripada kesan yang serius serta mengelakkan kemasukan ke hospital atau ke Unit Rawatan Rapi (ICU) (Rajah 3).
Sehingga kini, sebanyak 65.7% orang dewasa telah menerima dos penggalak dan hanya 35.3% kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah divaksin COVID-19. Pengambilan vaksin COVID-19 terutama dos penggalak kepada warga emas dan kanak-kanak ini amat penting bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk COVID-19 yang boleh membawa maut dan juga sebagai persediaan apabila negara memulakan ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ pada 1 April 2022.
Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting serta bertindak secara proaktif dengan meyakinkan golongan rentan ini untuk menerima vaksinasi dan dos penggalak COVID-19 dengan menunjukkan fakta-fakta yang sahih dan tepat berkaitan kepentingan vaksin dan dos penggalak demi keselamatan dan kesihatan mereka.
“Lindung Diri, Lindung Keluarga, Lindung Komuniti”
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2A | Kategori 2B |
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh |
Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) |
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada |
Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum |
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur |
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan |
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan |
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar |
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.