Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 23 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 MAC 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 22 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (70%), Johor (62%), dan Selangor (60%) menunjukkan peratusan pengisian 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Sembilan (9) negeri iaitu Selangor (89%), Terengganu (75%), WP Kuala Lumpur (74%), WP Putrajaya (72%), Melaka (65%), Perak (61%), Perlis (57%), Sarawak (56%), dan Negeri Sembilan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1) dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 209 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 24%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 22 Mac 2022, sebanyak 1,339 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):

  • 553 kes (41.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 786 kes (58.7 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 22 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 32,561 kes [3,745,229 kes kumulatif (92.9%)];
  • Kes baharu: 21,483 kes (4,032,435 kes kumulatif);
  • Kes import: 394 kes [364 warganegara (92.4%); 30 bukan warganegara (7.6%)];
  • Kes tempatan: 21,089 kes [20,300 warganegara (96.3%); 789 bukan warganegara (3.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 339 kes (150 kes disahkan COVID-19; 189 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 209 kes (86 kes disahkan COVID-19; 123 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 21,483 kes harian yang dilaporkan pada 22 Mac 2022:

  • Kategori 1: 10,455 kes (48.67%);
  • Kategori 2: 10,862 kes (50.56%);
  • Kategori 3: 57 kes (0.27%);
  • Kategori 4: 46 kes (0.21%); dan
  • Kategori 5: 63 kes (0.29%).

Daripada 166 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 22 Mac 2022:

  • 51 kes (30.72%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 64 kes (38.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 51 kes (30.72%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 91 kes (54.82%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 96 kes (57.83%) mempunyai komorbid; dan
  • 2 kes (1.20%) ibu mengandung.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,918 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,634 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 284 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 22 Mac 2022

NEGERINILAI RT
Sarawak1.01
Perak1.00
Selangor0.99
WP Kuala Lumpur0.97
Pulau Pinang0.95
Melaka0.95
Negeri Sembilan0.94
Terengganu0.92
Johor0.92
WP Putrajaya 0.91
Pahang0.91
Perlis0.89
Kedah0.86
Kelantan0.81
WP Labuan0.78
Sabah0.66
MALAYSIA0.91

PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) FASA 4 PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) 2021 BAGI TAHUN 2022

KKM ingin merujuk kepada pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A)293/2021] dari Minggu Epidemiologi (ME) 1/ 2022 hingga ME 11/2022.

Dari ME 1/2022 hingga ME 11/2022, sebanyak 2,338 tawaran kompaun individu dan 506 kompaun bagi pertubuhan telah dikeluarkan oleh KKM.  Jadual 5 menunjukkan jumlah tawaran kompaun bagi individu dan pertubuhan perbadanan mengikut negeri melalui aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Kompaun tertinggi adalah di negeri Sabah dengan 623 kompaun, diikuti dengan negeri Selangor sebanyak 505 kompaun, dan negeri Johor sebanyak 340 kompaun. Terdapat peningkatan tawaran kompaun di negeri Selangor dan Perak pada ME 11/2022 berbanding ME sebelumnya.

Tawaran kompaun yang dikeluarkan bagi empat (4) jenis kesalahan utama sehingga minggu ini adalah (Jadual 6):

  • Gagal menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis (1,740);
  • Gagal memakai pelitup muka (236);
  • Gagal mengamalkan penjarakan fizikal (55);
  • Gagal menyediakan peralatan untuk merekod butiran diri (12); dan
  • Lain-lain kesalahan di bawah Akta 342 serta peraturan-peraturan di bawahnya yang telah ditawarkan oleh KKM (801).

Perincian setiap ME pada tahun 2022 bagi jumlah penawaran kompaun oleh KKM mengikut jenis kesalahan adalah seperti Rajah 2.

Aktiviti penguatkuasaan bagi pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara ini turut melibatkan lain-lain agensi. Sebanyak 9,294 tawaran kompaun individu dan 293 tawaran kompaun pertubuhan telah dikeluarkan oleh lain-lain agensi sehingga ME 11/2022. Antara kesalahan utama yang dikeluarkan kompaun oleh agensi-agensi lain adalah (Jadual 7):

  • Gagal menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis (2,650);
  • Gagal mengamalkan penjarakan fizikal (1,058);
  • Gagal memakai pelitup muka (575);
  • Gagal menyediakan peralatan untuk merekod butiran diri (25); dan
  • Lain-lain kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya (5,279).

Selain itu, KKM turut mengambil tindakan dengan menutup premis di bawah Seksyen 18 Akta 342 bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.  Sejumlah 954 premis telah ditutup di mana 913 daripadanya adalah premis perniagaan, diikuti dengan kilang sebanyak 40 premis, dan satu (1) premis tapak pembinaan (Jadual 8).

Melalui data-data yang ditunjukkan KKM di atas, jelas bahawa tahap kepatuhan masyarakat, pemilik premis, dan juga pertubuhan perbadanan masih boleh dipertingkatkan lagi. Ini adalah penting bagi mengurangkan risiko penularan serta membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang patuh kepada SOP yang ditetapkan. Dengan mematuhi SOP, anda berjaya mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan berjaya melindungi diri anda, keluarga, serta masyarakat sekeliling anda daripada bahaya COVID-19. KKM juga menyeru agar seluruh masyarakat terus patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memerangi COVID-19 di Malaysia.

KKM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota penguatkuasa daripada KKM dan juga penguatkuasa daripada pelbagai agensi di atas kesungguhan mereka menjalankan penguatkuasaan, meskipun mereka juga sibuk dalam urusan penguatkuasaan bagi pelbagai perkara lain dalam bidang tugas mereka. Kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasan mungkin tidak diketahui umum, namun mereka terus menjalankan tugasan mereka demi menjaga keselamatan masyarakat umumnya.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Mac 2022 @ 10.00 pagi

Lampiran 1

Jadual 9: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam