Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 APRIL 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 5 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Satu (1) negeri iaitu Selangor (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (55%) dan Selangor (55%) menunjukkan peratusan pengisian  ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 131 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 15%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 5 April 2022, sebanyak 558 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):

  • 221 kes (39.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 337 kes (60.4 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 5 April 2022:

  • Kes sembuh: 20,431 kes [4,062,154 kes kumulatif (95.2%)];
  • Kes baharu: 12,017 kes (4,268,486 kes kumulatif);
  • Kes import: 59 kes [51 warganegara (86.4%); 8 bukan warganegara (13.6%)];
  • Kes tempatan: 11,958 kes [11,394 warganegara (95.3%); 564 bukan warganegara (4.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 234 kes (102 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 131 kes (49 kes disahkan COVID-19; 82 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,017 kes harian yang dilaporkan pada 5 April 2022:

  • Kategori 1: 6,646 kes (55.30%);
  • Kategori 2: 5,303 kes (44.13%);
  • Kategori 3: 28 kes (0.23%);
  • Kategori 4: 15 kes (0.13%); dan
  • Kategori 5: 25 kes (0.21%).

Daripada 68 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 5 April 2022:

  • 15 kes (22.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 29 kes (42.65%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 24 kes (35.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 38 kes (55.88%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 40 kes (58.82%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,941 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:1;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,778 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 163 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 5 April 2022

NEGERINILAI RT
Selangor1.03
Melaka0.83
Negeri Sembilan0.82
Perak0.81
Sarawak0.80
WP Putrajaya 0.80
Johor0.77
WP Kuala Lumpur0.76
Terengganu0.74
WP Labuan0.74
Pahang0.73
Pulau Pinang0.73
Kedah0.70
Sabah0.70
Perlis0.67
Kelantan0.66
MALAYSIA0.86

KEPENTINGAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DALAM FASA PERALIHAN KE ENDEMIK

Sebagaimana telah diumumkan Kerajaan, Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik. Diingatkan sekali lagi bahawa fasa ini bukannya fasa endemik tetapi fasa peralihan sebagai persediaan menuju ke arah fasa endemik. Sama ada ianya fasa peralihan ke endemik, ataupun fasa endemik, ianya tidak bermakna bahawa bahaya virus SARS-CoV-2 boleh diabaikan. Masyarakat harus tetap berwaspada kerana virus ini masih wujud dan menular serta mengakibatkan kematian terutamanya di kalangan warga emas, kanak-kanak individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh yang rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.

Ini selaras dengan kenyataan Dr. Mike Ryan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana beliau menjelaskan bahawa istilah endemik merujuk kepada kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat, tetapi jangkitan berlaku pada kadar yang stabil. Namun, terdapat kemungkinan berlakunya peningkatan penularan secara bermusim ataupun gelombang jangkitan yang besar bersekali dengan peningkatan kejadian penyakit yang serius.

Dr. Mike Ryan juga mengingatkan bahawa terdapat beberapa penyakit seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV), Tuberkulosis, dan Malaria yang telah dikategorikan sebagai penyakit yang endemik di sebahagian kawasan di dunia, namun terus mengakibatkan kematian berjuta-juta orang setiap tahun. Beliau menjangkakan situasi yang sama juga mungkin berlaku sekiranya COVID-19 diisytiharkan menjadi penyakit yang endemik. Oleh yang demikian, penyakit yang dilaporkan sebagai endemik masih memerlukan program kawalan yang mantap bagi mengurangkan jangkitan, penderitaan, dan kematian.

Mengambil saranan WHO, pelbagai persediaan dan aktiviti kawalan di lapangan adalah diteruskan bagi melangkah ke fasa yang seterusnya. Kerajaan telah mempergiatkan usaha pemberian vaksin COVID-19, di mana sehingga 4 April 2022, sebanyak 79.1% daripada penduduk Malaysia telah lengkap menerima vaksin dos primer dan sebanyak 48.6% penduduk telah menerima dos penggalak.

Walaupun sebahagian besar penduduk Malaysia telah menerima vaksin COVID-19 dos primer, amalan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang munasabah masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh yang rendah, dan individu yang mempunyai komorbid.

Menurut WHO, pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus SARS-CoV-2 terutamanya di dalam kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.

Risiko penularan virus SARS-CoV-2 daripada pembawa virus yang tidak memakai pelitup muka adalah tinggi kepada individu sihat yang tidak memakai pelitup muka (Rajah 2). Risiko ini berkurang menjadi sederhana tinggi apabila pembawa COVID-19 tidak memakai pelitup muka walaupun individu sihat bertindak memakai pelitup muka. Risiko penularan adalah rendah sekiranya pembawa COVID-19 memakai pelitup muka apabila berhadapan dengan individu sihat tanpa pelitup muka.

Namun demikian, yang terbaik adalah kedua-dua individu iaitu pembawa COVID-19 dan juga individu sihat memakai pelitup muka, yang mana risiko penularan adalah sangat rendah. Ini berdasarkankemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala. Oleh itu, pakailah pelitup muka sebagai perisai bagi orang di sekeliling kita terutamanya golongan yang berisiko tinggi.

Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya. Pemakaian pelitup muka bukanlah sekadar di bawah hidung atau di hujung hidung. Elakkan kebiasaan membiarkan dagu terdedah, menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu, atau memakai pelitup muka yang longgar.

Pengisytiharan Kawasan Jangkitan Tempatan masih lagi dikuatkuasakan di seluruh Malaysia di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] sehingga 30 Jun 2022. Selain daripada penguatkuasaan Akta 342 semasa dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini, langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 juga dilaksanakan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan Ke Endemik) 2022 [P.U.(A) 83/2022] yang telah diwartakan pada 31 Mac 2022.

Protokol dan arahan pencegahan dan kawalan tersebut diperincikan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan mulai pada 1 April 2022. SOP yang telah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini disokong oleh sembilan (9) garis panduan (Rajah 3) yang menjelaskan risiko jangkitan, penilaian risiko, serta tindakan pencegahan yang perlu diambil oleh individu, pengembara, majikan dan pihak bertanggungjawab ke atas premis yang diperjelaskan di bawah tajuk:

  1. Memakai pelitup muka di tempat awam;
  2. Menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan KKM;
  3. Menjaga penjarakan fizikal sekiranya boleh;
  4. Memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik;
  5. Menjaga kebersihan tangan;
  6. Memastikan kebersihan premis;
  7. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 berdasarkan National Testing Strategy (NTS);
  8. Mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu;
  9. Memastikan waktu operasi mengikut ketetapan lesen atau permit yang dibenarkan dan;
  10. Menggunakan check-in MySejahtera atau MySejahtera Trace untuk membantu pengesanan kontak.

Bagi syarat yang dikuatkuasakan mengenai keperluan pelitup muka dalam fasa peralihan ke endemik adalah (Rajah 4):

  • Pihak bertanggungjawab ke atas premis perlu memastikan pekerja dan individu sentiasa memakai pelitup muka semasa di premis atau menyertai aktiviti; dan
  • Pekerja dan individu perlu memakai pelitup muka setiap masa terutamanya apabila ada kehadiran individu lain.

Pengecualian pemakaian pelitup muka hanya dibenarkan dalam keadaan berikut:

  • Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel, bilik di tempat penginapan, di tempat kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain;
  • Ruang kerja bersendirian;
  • Aktiviti sukan, rekreasi, dan riadah;
  • Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing;
  • Sewaktu makan dan minum;
  • Aktiviti persembahan (menyanyi, menari, berlakon, dan berceramah);
  • Kanak-kanak berusia lima (5) tahun dan ke bawah;
  • Individu berkeperluan khas (Orang Kurang Upaya tertentu seperti Cerebral Palsy atau Autism); dan
  • Individu mempunyai masalah pernafasan (dengan syarat mengemukakan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar).

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan (respiratory droplets). Amalan saling tegur-menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ianya adalah amalan solidarity bagi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul, kita boleh saling menegur secara berhemah. Amalan ini perlu dibudayakan demi menjaga kesihatan sesama kita selain terus mengamalkan penjarakan fizikal yang munasabah dan segera mendapatkan dos penggalak bagi yang belum menerimanya.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 April 2022 @ 10.00 pagi

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam