SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
8 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 7 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Satu (1) negeri iaitu Selangor (53%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (58%) dan Selangor (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 108 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator12%.

Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2 di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 7 April 2022, sebanyak 541 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
- 217 kes (40.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 324 kes (59.9 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 7 April 2022:
- Kes sembuh: 16,603 kes [4,099,786 kes kumulatif (95.5%)];
- Kes baharu: 11,994 kes (4,292,585 kes kumulatif);
- Kes import: 25 kes [20 warganegara (80.0%); 5 bukan warganegara (20.0%)];
- Kes tempatan: 11,969 kes [11,494 warganegara (96.0%); 475 bukan warganegara (4.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 197 kes (91 kes disahkan COVID-19; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 108 kes (50 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 11,994 kes harian yang dilaporkan pada 7 April 2022:
- Kategori 1: 6,509 kes (54.27%);
- Kategori 2: 5,395 kes (44.98%);
- Kategori 3: 40 kes (0.34%);
- Kategori 4: 22 kes (0.18%); dan
- Kategori 5: 28 kes (0.23%).
Daripada 90 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 April 2022:
- 24 kes (26.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 30 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 36 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 53 kes (58.89%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 58 kes (64.44%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (1.11%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,945 kluster;
- Jumlah kluster baharu:4;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,794 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 151 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
NEGERI | NILAI RT |
Selangor | 0.96 |
Negeri Sembilan | 0.84 |
WP Putrajaya | 0.82 |
Melaka | 0.80 |
Perak | 0.79 |
Terengganu | 0.79 |
Johor | 0.78 |
WP Kuala Lumpur | 0.75 |
WP Labuan | 0.75 |
Sarawak | 0.74 |
Pahang | 0.73 |
Pulau Pinang | 0.71 |
Sabah | 0.70 |
Kedah | 0.67 |
Perlis | 0.66 |
Kelantan | 0.65 |
MALAYSIA | 0.83 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
8 April 2022 @ 10.00 pagi
Categories: Communicable disease
You must be logged in to post a comment.