SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
19 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 18 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
- Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
- Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (51%) dan Negeri Sembilan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 68 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator9%.
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2 di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 18 April 2022, sebanyak 308 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
- 171 kes (55.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 137 kes (44.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 April 2022:
- Kes sembuh: 14,423 kes [4,264,127 kes kumulatif (97.0%)];
- Kes baharu: 7,140 kes (4,396,165 kes kumulatif);
- Kes import: 264 kes [206 warganegara (78.0%); 58 bukan warganegara (22.0%)];
- Kes tempatan: 6,876 kes [6,594 warganegara (95.9%); 282 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 110 kes (57 kes disahkan COVID-19; 53 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 68 kes (37 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 18 April 2022
NEGERI | NILAI RT |
Selangor | 0.91 |
Negeri Sembilan | 0.87 |
Terengganu | 0.87 |
Perak | 0.86 |
WP Kuala Lumpur | 0.84 |
Melaka | 0.83 |
Johor | 0.79 |
Pulau Pinang | 0.76 |
Sabah | 0.74 |
Kedah | 0.71 |
Sarawak | 0.70 |
Pahang | 0.67 |
Kelantan | 0.63 |
WP Putrajaya | 11 kes |
Perlis | 10 kes |
WP Labuan | 7 kes |
MALAYSIA | 0.88 |
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- : (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- : (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2A | Kategori 2B |
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh |
Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) |
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada |
Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum |
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur |
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan |
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan |
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar |
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
Categories: Communicable disease, Press
You must be logged in to post a comment.