Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Mei 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia ME 17/2022 (24 – 30 April 2022)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 15% pada minggu epidemiologi ke-17 tahun 2022 (ME 17/2022) berbanding ME 16/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 20% (Rajah 2);

  • Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 33%; manakala
  • Jumlah pesakit kategori 3,4 dan 5 tiada perbezaan.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun berbanding ME-16 (Rajah 3):

  • Penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 22%;
  • Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 8%; dan
  • Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menurun sebanyak 75%.

Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP)pula menurun sebanyak 11% (Rajah 4):

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Sebagai makluman juga, kes-kes positif COVID-19 masih dipantau melalui Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara. Perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan antara ME 16/2022 dan ME 17/2022 adalah seperti di Rajah 5:

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 37.1%;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 34.7%; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital menurun sebanyak 33.8%.

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 30 April 2022 (ME 17/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,448,004 kes (kes aktif: 45,506 kes);
  • Kumulatif kes sembuh: 4,366,951 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,547 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 84 kluster).

Perbandingan antara ME 16/2022 dan ME 17/2022 (Rajah 6):

  • Bilangan kes sembuh pada ME 17/2022 menurun sebanyak 21.9% (72,128 kes kepada 56,352 kes) berbanding ME 16/2022 ;
  • Bilangan kes baharu pada ME 17/2022 menurun sebanyak53.1% (44,665 kes kepada 20,937 kes) berbanding ME 16/2022 (Rajah 7);
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak52.8% (44,193 kes kepada 20,876 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak87.1% (472 kes kepada 61 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 17/2022 menurun  sebanyak 31.7 % (82 kes kepada 56 kes) berbanding ME 16/2022; dan
  • Bilangan kes aktif pada ME 17/2022 menurun sebanyak 35.3% (637,626 kes kepada 412,555 kes) berbanding ME 16/2022 (Rajah 8).

NILAI RT

Purata nilai RT menurun sebanyak 15.7% pada ME 17/2022 berbanding ME 16/2022 (Rajah 9).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa survelan COVID-19 telah dijalankan sepanjang pandemik dan masih diteruskan semasa fasa peralihan ke endemik di beberapa klinik kesihatan sentinel dan hospital sentinel di seluruh negara. Survelan COVID-19 ini dijalankan ke atas sampel pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan yang ringan atau pun teruk.

Sehingga ME 17/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 menurun sebanyak 28.0% daripada 16.8% pada ME 16/2022 kepada 12.1% pada ME 17/2022 (Rajah 10); dan

Kadar positif sampel severe acute respiratory infection (SARI) bagi COVID-19 menurun sebanyak 6.5% daripada 3.1% pada ME 16/2022 kepada 2.9% pada ME 17/2022 (Rajah 11).

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN SELAMAT

Sambutan Syawal kali ini merupakan satu rahmat untuk kita meraikannya bersama keluarga, sanak saudara, dan sahabat handai setelah dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19. Meskipun telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, perlu diingatkan bahawa COVID-19 masih lagi menjadi musuh utama dan usaha memerangi COVID-19 masih berterusan.

KKM ingin mengingatkan bahawa individu yang tidak bergejala berkemungkinan menjadi pembawa virus COVID-19. Oleh yang demikian, masyarakat digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung untuk beraya. Walaupun pemakaian pelitup muka di kawasan luar bangunan tidak diwajibkan lagi, namun orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak bagi melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak dari dijangkiti COVID-19.

Selain itu, KKM juga ingin menasihatkan orang ramai untuk mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Pandu dengan cermat dan tenang, kawal perasaan marah dan wujudkan suasana harmoni bersama keluarga semasa dalam kenderaan. Singgah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk mengurangkan stress dan gangguan emosi. Semoga anda semua selamat tiba ke destinasi masing-masing serta dapat menyambut Aidilfitri yang mulia ini dengan meriah dan selamat bersama keluarga tercinta.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 Mei 2022 @ 9.30 pagi