Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia ME 18/2022 (1 – 7 Mei 2022)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27% pada Minggu Epidemiologi (ME) 18/2022) berbanding ME 17/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 50% (Rajah 2);

  • Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 50%; dan
  • Jumlah pesakit kategori 3,4, dan 5 juga menurun sebanyak 50%.

Secara keseluruhan, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun pada ME 18/2022 berbanding ME 17/2022 (Rajah 3):

  • Penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 21%;
  • Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 20%; dan
  • Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menurun sebanyak 100%.

Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP)pula menurun sebanyak 26% (Rajah 4):

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 masih dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara. Perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 17/2022 dan ME 18/2022 adalah seperti di Rajah 5:

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 57.7%;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 59.7%; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk oleh CAC ke PKRC atau hospital menurun sebanyak 44.3%.

Perbandingan data CAC maya yang dilaporkan antara ME 17/2022 dan ME 18/2022 adalah seperti di Rajah 6:

  • Tren kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya pada ME 18/2022 menurun sebanyak 54.9% (259,882 kes kepada 117,248 kes) berbanding ME 17/2022.

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Mei 2022 (ME 18/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,456,736 kes (kes aktif: 23,276 kes);
  • Kumulatif kes sembuh: 4,397,881 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,579 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 71 kluster).

Perbandingan antara ME 17/2022 dan ME 18/2022 (Rajah 7):

  • Bilangan kes sembuh pada ME 18/2022 menurun sebanyak 45.1% (56,352 kes kepada 30,930 kes) berbanding ME 17/2022 ; 
  • Bilangan kes baharu pada ME 18/2022 menurun sebanyak58.3% (20,937 kes kepada 8,732 kes) berbanding ME 17/2022 (Rajah 8); 
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak58.3% (20,876 kes kepada 8,703 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak52.5% (61 kes kepada 29 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 18/2022 menurun  sebanyak 42.9 %  (56 kes kepada 32 kes) berbanding ME 17/2022; dan 
  • Bilangan kes aktif pada ME 18/2022 menurun sebanyak 48.0% (412,555 kes kepada 214,405 kes) berbanding ME 17/2022 (Rajah 9).

NILAI RT

Purata nilai RT menurun sebanyak 18.6% pada ME 18/2022 berbanding ME 17/2022 (Rajah 10).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.

KKM juga ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Mei 2022 @ 10.00 pagi