SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 20/2022 (15 MEI – 21 MEI 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 9.0% pada minggu epidemiologi (ME) ke-20 tahun 2022 (ME 20/2022) berbanding ME 19/2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 50.0% (Rajah 2);
- Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 50.0%; manakala
- Jumlah pesakit kategori 3, 4, dan 5 menurun sebanyak 50.0%.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun berbanding ME-19 (Rajah 3):
- Penggunaan katil bukan kritikal tiada perubahan;
- Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 33.0%; dan
- Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) tiada perubahan.
Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 45.0% (Rajah 4):
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 19/2022 dan ME 20/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 5.2%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 26.6%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital menurun sebanyak 18.7%.
Untuk trend kes aktif COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada ME 20/2022 telah menunjukkan penurunan kes seperti di Rajah 6:
- Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya pada ME 19/2022 turun sebanyak 29.9% (dari 35,167 kes kepada 24,647 kes) berbanding ME 19/2022.
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Mei 2022 (ME 20/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,489,503 kes (kes aktif: 28,085 kes);
- Kumulatif kes sembuh: 4,425,777 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,641 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,011 kluster (kluster aktif: 34 kluster).
Perbandingan antara ME 19/2022 dan ME 20/2022 (Rajah 7):
- Bilangan kes sembuh pada ME 20/2022 meningkat sebanyak 21.1% (12,618 kes kepada 15,278 kes) berbanding ME 19/2022;
- Bilangan kes baharu pada ME 20/2022 menurun sebanyak28.8% (19,137 kes kepada 13,630 kes) berbanding ME 19/2022 (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak28.8% (19,108 kes kepada 13,615 kes); dan
- Bilangan kes import menurun sebanyak 48.3% (29 kes kepada 15 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 20/2022 menunjukkan penurunan kepada 12.1 % (33 kes kepada 29 kes) berbanding ME 19/2022; dan
- Bilangan kes aktif pada ME 20/2022 meningkat sebanyak 17.5% (177,973 kes kepada 209,138 kes) berbanding ME 19/2022 (Rajah 9).
NILAI RT
Sejajar dengan peningkatan kes harian pada ME 19/2022, purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 3.1% pada ME 20/2022 berbanding ME 19/2022 (Rajah 10).
SURVELAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 20/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 menurun sebanyak 37.3%, iaitu 7.5% pada ME 19/2022 kepada 4.7% pada ME 20/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) bagi COVID-19 pada ME 20/2022 adalah 1.64% (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Mei 2022 @ 10.00 pagi
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.