SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 21 (22 MEI – 28 MEI 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 10% pada minggu epidemiologi (ME) ke-21 tahun 2022 (ME 21/2022) berbanding ME 20/2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan (Rajah 2);
- Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 tiada perubahan; dan
- Jumlah pesakit kategori 3, 4,dan 5 juga tiada perubahan.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun berbanding ME-20 (Rajah 3):
- Penggunaan katil bukan kritikal tiada perubahan;
- Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 17%; dan
- Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) tiada perubahan.
Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 6.1% (Rajah 4):
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara semakin menunjukkan pengurangan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 20/2022 dan ME 21/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 5.1%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 6.5%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital menunjukkan penurunan ketara iaitu, 46.6%.
Untuk tren kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 21/2022 ianya turun 8.8% berbanding pada akhir ME 20/2022 (dari 24,647 kes kepada 22,475 kes); seperti di Rajah 6:
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Mei 2022 (ME 21/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,502,579;
- Kumulatif kes sembuh: 4,441,702 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,660 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,012 kluster (kluster aktif: 3 kluster).
Perbandingan antara ME 20/2022 dan ME 21/2022 (Rajah 7):
- Bilangan kes sembuh pada ME 21/2022 meningkat sebanyak 4.2% (15,278 kes kepada 15,925 kes) berbanding ME 20/2022;
- Bilangan kes baharu pada ME 21/2022 menurun sebanyak4.1% (13,630 kes kepada 13,076 kes) berbanding ME 20/2022 (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak4.4% (13,615 kes kepada 13,022 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 260.0% (15 kes kepada 54 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 21/2022 menunjukkan penurunan kepada 34.5 % (29 kes kepada 19 kes) berbanding ME 20/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 21/2022 adalah 25,360, iaitu terdapat penurunan sebanyak 15.1% berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
NILAI RT
Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.1% pada ME 21/2022 berbanding ME 20/2022 (Rajah 10).
SURVELAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) DAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 21/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 meningkat sebanyak 102.4%, iaitu 4.1% pada ME 20/2022 kepada 8.3% pada ME 21/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) bagi COVID-19 pada ME 21/2022 meningkat sebanyak 62.5% iaitu 2.6% berbanding 1.6% pada ME 20/2022 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 Mei 2022 @ 10.00 pagi
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.