STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan pada minggu epidemiologi ke-29 tahun 2022 (ME29/2022) berbanding ME 28/2022 (Rajah 1);

Walau bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 18.3 peratus (Rajah 2);
- Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 12.5 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3,4,dan 5, meningkat sebanyak 25.0 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 29/2022 berbanding ME 28/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
- Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak tiga peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat sebanyak satu peratus; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak dua peratus.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 29/2022 berbanding ME 28/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan peningkatan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 28/2022 dan ME 29/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 28.0 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 26.9 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 16.1 peratus.

Pada akhir ME 29/2022, trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) turun 1.7 peratus berbanding pada akhir ME 28/2022 (dari 71,326 kes ke 70,140 kes); seperti di Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 23 Julai 2022 (ME 29/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,648,931;
- Kumulatif kes sembuh: 4,563,474 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,911 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,030 kluster (kluster aktif: 15 kluster).
Perbandingan antara ME 28/2022 dan ME 29/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 29/2022 meningkat sebanyak 18.9 peratus (19,138 kes kepada 22,757 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 29/2022 meningkat sebanyak 13.5 peratus (26,335 kes kepada 29,886 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 13.5 peratus (26,317 kes kepada 29,858 kes); dan
- Bilangan kes import menurunsebanyak 26.3 peratus (38 kes kepada 28 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 29/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 61.5 peratus (39 kes kepada 63 kes) berbanding ME 28/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 29/2022 adalah 45,542 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 19.5 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 29/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 pada ME 29/2022 menurun sebanyak 0.9 peratus daripada 11.5 peratus pada ME 28/2022 kepada 11.4 peratuspada ME 29/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 kekal 0 peratus pada ME 29/2022 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Julai 2022 @ 10.00 pagi
Categories: Communicable disease
You must be logged in to post a comment.