SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 31 TAHUN 2022
(31 JULAI– 6 OGOS 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, tiada perubahan untuk jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2022 (ME 31/2022) berbanding ME 30/2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 31/2022 berbanding ME 30/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
- Pesakit kategori 1 dan 2 tiada perubahan, kekal 3.8%; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan, kekal 3.5%
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 31/2022 berbanding ME 30/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
- Katil bukan kritikal meningkat sebanyak 2%;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan, kekal 14%; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menurun,sebanyak 2%.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1% (Rajah 4) pada ME 31/2022 berbanding ME30/2022.
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan sedikit penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 30/2022 dan ME 31/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 1.7%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 1.5%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menurun sebanyak 20.9%.
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 31/2022 ianya naik 2.2% berbanding pada akhir ME 30/2022 (dari 64,743 kes kepada 66,182 kes); seperti di Rajah 6:
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 6 Ogos 2022 (ME 31/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,705,824;
- Kumulatif kes sembuh: 4,622,915 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,020 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,047 kluster (kluster aktif: 24 kluster).
Perbandingan antara ME 30/2022 dan ME 31/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus (30,837 kes kepada 28,604 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 31/2022 meningkat sebanyak 0.8 peratus (28,339 kes kepada 28,554 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 0.8 peratus (28,286 kes kepada 28,499 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 3.8 peratus (53 kes kepada 55 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 31/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus (49 kes kepada 60 kes) berbanding ME 30/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
NILAI RT
Purata nilai RT statik pada ME 31/2022 berbanding ME 30/2022 (Rajah 10).
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 31/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Sebanyak 118 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 15.3 peratus pada ME 31/2022 (Rajah 11); dan
- Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif kekal 0 peratus pada ME 31/2022 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
8 Ogos 2022 @ 10.00 pagi
Categories: Communicable disease, Press
You must be logged in to post a comment.