Communicable disease

Kenyataan Media KPK 15 Ogos 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 32 (7 Julai – 13 Ogos 2022)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI 32 TAHUN 2022

(7 OGOS – 13 OGOS 2022)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 penduduk pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022 adalah seperti berikut (Rajah 1);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 5.3 peratus; manakala;
  • Pesakit kategori 3, 4 dan 5 meningkat sebanyak 11.4 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022 (Rajah 2) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal meningkat sebanyak 1 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 2 peratus; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak 1 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.3 peratus (Rajah 3) pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan peningkatan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 31/2022 dan ME 32/2022 (Rajah 4):

  • Jumlah kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 3.9 peratus (13,238 kes kepada 13,757 kes);
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 2.1 peratus (7,369 kes kepada 7,523); dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 66.4 peratus (220 kes kepada 366 kes).

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 32/2022 ianya turun 5.5 peratus berbanding pada akhir ME 31/2022 (dari 66,182 kes kepada 62,516 kes); seperti di Rajah 5:

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 13 Ogos 2022 (ME 32/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,732,502;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,651,820 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,080 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,051 kluster (kluster aktif: 26 kluster).

Perbandingan antara ME 31/2022 dan ME 32/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 32/2022 meningkat sebanyak 1.1 peratus (28,604 kes kepada 28,905 kes) Rajah 6;
  • Bilangan kes baharu pada ME 32/2022 menurun sebanyak 6.6 peratus (28,554 kes kepada 26,678 kes) Rajah 7;
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 6.5 peratus (28,499 kes kepada 26,656 kes); dan 
    • Bilangan kes import menurunsebanyak 60.0 peratus (55 kes kepada 22 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 32/2022 statik  sebanyak 60 kes.  
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 32/2022 adalah 44,706 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 8).

NILAI RT

Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 2.0 peratus pada ME 32/2022 berbanding ME 31/2022 (Rajah 9).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 32/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 143 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 18.6 peratus pada ME 32/2022 (Rajah 10); dan
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif kekal 0 peratus pada ME 32/2022 (Rajah 11).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Ogos 2022 @ 11.00 pagi