Communicable disease

Kenyataan Media KPK 5 September 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 35 (28 Ogos – 3 September 2022)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan pada Minggu Epidemiologi ke-35 tahun 2022 (ME 35/2022) berbanding ME 34/2022 (Rajah 1);

Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME1/2022 sehingga ME35/2022

Walau bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME35/2022 berbanding ME34/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 9.4%; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4,dan 5, menurun sebanyak 3.6%.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 penduduk dari ME1/2022 hingga ME35/2022

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME35/2022 berbanding ME 34/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1%;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 1%; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menurun sebanyak 2%.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME35/2022

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.2% (Rajah 4) pada ME35/2022 berbanding ME34/2022.

Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 35/2022

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 34/2022 dan ME 35/2022 (Rajah 5):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 21.4%;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 18.7%; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 24.9%.
Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke PKRC atau hospital dari ME 15/2022 hingga ME 35/2022

Trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 35/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 35.7% berbanding pada akhir ME 34/2022 (dari 55,021 kes ke 35,406 kes); seperti di Rajah 6:

Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit
dari ME 1/2022 hingga ME 35/2022

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 27 Ogos 2022 (ME 35/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,789,552;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,723,128 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,243 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,068 kluster (kluster aktif: 23 kluster).

Perbandingan antara ME 34/2022 dan ME 35/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 35/2022 menurun sebanyak 20.9 peratus (25,037 kes kepada 19,813 kes) Rajah 7;
  • Bilangan kes baharu pada ME 35/2022 menurun sebanyak16.9 peratus (18,715 kes kepada 15,549 kes) Rajah 8;
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 16.8 peratus (18,666 kes kepada 15,530 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak 61.2 peratus (49 kes kepada 19 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 35/2022 menurun sebanyak 21.7 peratus (60 kes kepada 47 kes).
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 35/2022 adalah 31,333 iaitu terdapat penurunan sebanyak 13.4 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 35/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 35/2022
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari  ME1/2022 sehingga ME 35/2022

NILAI RT

Purata nilai RT menunjukkan tiada perubahan pada ME 35/2022 berbanding ME 34/2022 (Rajah 10).

Rajah 10: Purata  Nilai RT tahun 2022 sehingga ME 35/2022

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 35/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 101 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 15.0 peratus pada ME 35/2022 (Rajah 11); dan
  • Sampel SARI dikesan positif COVID-19 adalah 1.6 peratus pada ME 35/2022 (Rajah 12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 35/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 35/2022

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 September 2022 @ 10.00 pagi