SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 37
(11 SEPTEMBER – 17 SEPTEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun pada minggu epidemiologi ke-37 tahun 2022 (ME 37/2022) berbanding ME 36/2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 37/2022 berbanding ME 36/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
- Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 6.7%; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 37/2022 berbanding ME 36/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
- Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1%;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2%; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menurun sebanyak 2%.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal 1.8% (Rajah 4) pada ME 37/2022 berbanding ME 36/2022.
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 36/2022 dan ME 37/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 9.4%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 3.8%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 7.0%.
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 37/2022 ianya turun 1.86% berbanding pada akhir ME 36/2022 (dari 31,552 kes kepada 30,965 kes); seperti di Rajah 6:
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 17 September 2022 (ME 37/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,817,251;
- Kumulatif kes sembuh: 4,754,927 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,308 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,077 kluster (kluster aktif: 18 kluster).
Perbandingan antara ME 36/2022 dan ME 37/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 37/2022 menurun sebanyak 16.0 peratus (17,286 kes kepada 14,513 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 37/2022 menurun sebanyak3.2 peratus (14,072 kes kepada 13,627 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 3.3 peratus (14,052 kes kepada 13,585 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 110.0 peratus (20 kes kepada 42 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 37/2022 menurun sebanyak 8.8 peratus (34 kes kepada 31 kes).
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 37/2022 adalah 26,378 iaitu terdapat penurunan sebanyak 4.1 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
NILAI RT
Nilai RT meningkat kepada 0.96 pada ME 37/2022 berbanding 0.92 pada ME 36/2022 (Rajah 10).
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 37/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Sebanyak 120 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 16.0 peratus pada ME 37/2022 (Rajah 11); dan
- Sebanyak 4.6 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 37/2022 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 September 2022 @ 11.30 pagi
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.