Communicable disease

Kenyataan Media KPK 26 September 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 38 (18 -24 September 2022)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI 38

(18 SEPTEMBER – 24 SEPTEMBER 2022)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME38/2022 berbanding ME37/2022 adalah seperti berikut (Rajah 1);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 7.1 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3,4,dan 5, menurun sebanyak 11.5 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 38/2022 berbanding ME 37/2022 (Rajah 2) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1 peratus ;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2 peratus; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menurun sebanyak 1 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus (Rajah 3) pada ME 38/2022 berbanding ME 37/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan peningkatan dari segi bilangan kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 37/2022 dan ME 38/2022 (Rajah 4):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 0.5 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 102 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital adalah sama dengan ME 37.

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 38/2022 ianya turun 0.47 peratus berbanding pada akhir ME 37/2022 (dari 30,965 kes kepada 30,819 kes); seperti di Rajah 5:

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 24 September 2022 (ME 38/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,830,214;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,768,604 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,348 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,079 kluster (kluster aktif: 14 kluster).

Perbandingan antara ME 37/2022 dan ME 38/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 38/2022 menurun sebanyak 5.8 peratus (14,513 kes kepada 13,677 kes) Rajah 6;
  • Bilangan kes baharu pada ME 38/2022 menurun sebanyak4.9 peratus (13,627 kes kepada 12,963 kes) Rajah 7;
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 4.8 peratus (13,585 kes kepada 12,934 kes); dan 
    • Bilangan kes import menurunsebanyak 31.0 peratus (42 kes kepada 29 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 38/2022 meningkat sebanyak 29.0 peratus (31 kes kepada 40 kes).  
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 38/2022 adalah 25,325 iaitu terdapat penurunan sebanyak 4.0 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 8).

NILAI RT

Nilai RT menunjukkan tiada perubahan pada ME 38/2022 berbanding  ME 37/2022 (Rajah 9).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 38/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 109 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 14.9 peratus pada ME 38/2022 (Rajah 10); dan
  • Sebanyak 2.7 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 38/2022 (Rajah 11).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 September 2022 @ 10.00 pagi