Communicable disease

Kenyataan Media KPK 3 Oktober 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 39 (25 September-1 Oktober 2022)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI 39

(25 SEPTEMBER – 1 OKTOBER 2022) 

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun pada minggu epidemiologi ke-39 tahun 2022 (ME 39/2022) berbanding ME 38/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 39/2022 berbanding ME 38/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 7.7 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3,4,dan 5, menurun sebanyak 13.0 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 39/2022 berbanding ME 38/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 3 peratus; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada perubahan, kekal hampir sebanyak 0 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.4 peratus (Rajah 4) pada ME 39/2022 berbanding ME 38/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan secara keseluruhan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 38/2022 dan ME 39/2022 (Rajah 5):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 9.0 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 53.5 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital telah meningkat sebanyak 8.2 peratus.

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 39/2022 ianya turun 10.8 peratus berbanding pada akhir ME 38/2022 (dari 30,819 kes kepada 27,486 kes); seperti di Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 1 Oktober 2022 (ME 39/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,842,505;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,781,138 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,374 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,081 kluster (kluster aktif: 13 kluster).

Perbandingan antara ME 38/2022 dan ME 39/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 39/2022 menurun sebanyak 8.4 peratus (13,677 kes kepada 12,534 kes) Rajah 6;
  • Bilangan kes baharu pada ME 39/2022 menurun sebanyak5.2 peratus (12,963 kes kepada 12,291 kes) Rajah 7;
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 5.2 peratus (12,934 kes kepada 12,260 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkatsebanyak 6.9 peratus (29 kes kepada 31 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 39/2022 menurun sebanyak 35.0 peratus (40 kes kepada 26 kes).
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 39/2022 adalah 24,713 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.5 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 8).

NILAI RT

Nilai RT menunjukkan peningkatan sebanyak 2.1 peratus pada ME 39/2022 berbanding  ME 38/2022 (Rajah 9).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 39/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 93 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 12.7 peratus pada ME 39/2022 (Rajah 10); dan
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 39/2022 (Rajah 11).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Oktober 2022 @ 11.00 pagi 

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: