Communicable disease

Kenyataan Media KPK 10 Oktober 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 40 (2 – 8 Oktober 2022)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI 40

(2 OKTOBER  8 OKTOBER 2022) 

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun pada minggu epidemiologi ke-40 tahun 2022 (ME 40/2022) berbanding ME 39/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 40/2022 berbanding ME 39/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 8.3 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 10.0 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 40/2022 berbanding ME 39/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 1 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU)  tiada perubahan, kekal sebanyak 12 peratus; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada yang aktif.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 40/2022 berbanding ME 39/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan secara keseluruhan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 39/2022 dan ME 40/2022 (Rajah 5):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 17.3 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 20.7 peratus; dan

Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital telah menurun sebanyak 29.1 peratus.

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 40/2022 ianya turun 6.4 peratus berbanding pada akhir ME 39/2022 (dari 27,486 kes kepada 25,731 kes); seperti di Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 8 Oktober 2022 (ME 40/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,853,523;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,794,020 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,398 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,084 kluster (kluster aktif: 13 kluster).

Perbandingan antara ME 39/2022 dan ME 40/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 40/2022 meningkat  sebanyak 2.8 peratus (12,534 kes kepada 12,882 kes) Rajah 6;
  • Bilangan kes baharu pada ME 40/2022 menurun sebanyak10.4 peratus (12,291 kes kepada 11,018 kes) Rajah 7;
    • Bilangan kes tempatan menurunsebanyak10.4 peratus (12,260 kes kepada 10,987 kes); dan
    • Bilangan kes import tiada perubahan, sama seperti minggu sebelumnya (31 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 40/2022 menurun sebanyak 7.7 peratus (26 kes kepada 24 kes).
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 40/2022 adalah 23,416 iaitu terdapat penurunan sebanyak 5.2  peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 8).

NILAI RT

Nilai RT menunjukkan penurunan sebanyak 3.1 peratus pada ME 40/2022 berbanding ME 39/2022 (Rajah 9).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 40/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 77 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 10.43 peratus pada ME 40/2022 (Rajah 10); dan
  • Sebanyak 2.27 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 40/2022 (Rajah 11).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Oktober 2022 @ 4:00 petang 

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: