SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 50 TAHUN 2022
(11 DISEMBER – 17 DISEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 21.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-50 tahun 2022 (ME 50/2022) berbanding ME 49/2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 50/2022 berbanding ME 49/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
- Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 28.6 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 31.0 peratus.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 50/2022 berbanding ME 49/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
- Katil bukan kritikal menurun sebanyak 6 peratus; dan
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 7 peratus.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.8 peratus (Rajah 4) pada ME 50/2022 berbanding ME 49/2022.
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 49/2022 dan ME 50/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 36.8 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 39.5 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 45.2 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menurun sebanyak 28.0 peratus pada akhir ME 50/2022 berbanding ME 49/2022; iaitu dari 13,481 kepada 9,702 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 7 peratus (671 kes) seperti Rajah 6:
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 17 Disember 2022 (ME 50/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,017,016;
- Kumulatif kes sembuh: 4,964,534 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,800 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,162 kluster (kluster aktif: 21 kluster).
Perbandingan antara ME 49/2022 dan ME 50/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 50/2022 menurun sebanyak30.3 peratus (14,816 kes kepada 10,330 kes) (Rajah 7);
- Bilangan kes baharu pada ME 50/2022 menurun sebanyak 33.7 peratus (10,937 kes kepada 7,249 kes) (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 33.8 peratus (10,923 kes kepada 7,232 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 21.4 peratus (14 kes kepada 17 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 50/2022 meningkat sebanyak9.3 peratus (43 kes kepada 47 kes); dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 19.3 peratus (20,945 kes kepada 16,895 kes) (Rajah 9).
NILAI RT
Nilai RT pada ME 50/2022 adalah 0.80 (Rajah 10).
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 49/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Sebanyak 98 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 12.83 peratus pada ME 50/2022 (Rajah 11); dan
- Sebanyak 4.88 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 50/2022 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 Disember 2022 @ 11.30 pagi
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.