Communicable disease

Kenyataan Media KPK 20 Disember 2022 – Situasi Semasa Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) di Malaysia 2022/2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sejak 7 November 2022, beberapa episod banjir telah melanda kebanyakan negeri sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL). Hujan lebat berterusan yang berlaku dari 17 Disember 2022 hingga kini telah menyebabkan situasi banjir semakin teruk.

Sehingga jam 4.00 petang, 19 Disember 2022, sebanyak lima (5) buah negeri telah dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor.  Sebanyak 34, 970 mangsa banjir (Rajah 1) ditempatkan di 364 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Terengganu (243), Kelantan (105), Pahang (11), Johor (3), dan Perak (2).

Rajah 1 Bilangan mangsa banjir dan bilangan PPS aktif sepanjang musim MTL 2022/ 2023

PEMBUKAAN BILIK GERAKAN BANJIR CRISIS PREPAREDNESS AND RESPONSE CENTRE (CPRC) NEGERI DAN KEBANGSAAN

Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan telah dibuka pada 19 Disember 2022 berikutan pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di beberapa buah negeri (Jadual 2). Waktu operasi Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Jadual 2. Status pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN dan waktu operasi

NegeriBilik Gerakan DibukaWaktu Operasi Hari BekerjaWaktu Operasi Hujung Minggu/ Cuti Umum
Kelantan18 Disember 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 5.00 petang
Johor14 Disember 20228.00 pagi – 5.00 petang (Ahad hingga Rabu) 8.00 pagi – 3.30 petang (Khamis)8.00 pagi – 3.00 petang (Jumaat/ Sabtu/ Cuti Umum)
Pahang12 Disember 20228.00 pagi – 8.00 malam8.00 pagi – 8.00 malam
Terengganu10 Disember 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 5.00 petang
Melaka15 November 2022 – 13 Disember 2022Standby modeStandby mode
Perak13 November 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 5.00 petang
P. Pinang11 November 2022 – 16 November 2022Standby modeStandby mode
Sabah11 Oktober 2022Standby modeStandby mode
Sarawak11 Oktober 20228.00 pagi – 5.00 petang8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Catatan: Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di negeri-negeri lain yang tidak dilanda banjir MTL 2022/ 2023 masih belum dibuka.

STATUS MANGSA BANJIR DAN COVID-19

Sebanyak 14 kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir iaitu Selangor (7 kes), Kelantan (5 kes), dan Melaka (2 kes) dari 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani proses isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing.

Dari 11 Disember 2022 hingga 19 Disember 2022, hanya satu (1) kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu yang telah tamat menjalani isolasi pada 18 Disember 2022. Sehingga kini, tiada kluster COVID-19 dilaporkan di PPS (Rajah 2).

Rajah 2 Bilangan kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS semasa MTL 2022/2023

KEJADIAN PENYAKIT BERJANGKIT DALAM KALANGAN MANGSA BANJIR

Dari 7 November 2022 hingga 19 Disember 2022, sebanyak 301 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), 260 kes penyakit kulit, 14 kes Acute Gastroentritis (AGE), 11 kes Konjuntivitis, dan satu (1) kes Chicken Pox,  telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS (Rajah 3). Tiada kes Tifoid, Kolera, Leptospirosis, Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) dan Denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Rajah 3 Bilangan kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir di PPS

FASILITI KESIHATAN TERJEJAS BANJIR

Hospital di Kelantan

Sebanyak dua (2) buah hospital terjejas akibat banjir di Kelantan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.

  • Semua perkhidmatan di HRPZ II masih beroperasi seperti biasa walaupun bangunan hospital dimasuki air.
  • Perkhidmatan Makmal dan Perkhidmatan Pengimejan dan Diagnostik di HTA diberhentikan sementara waktu. Penutupan bekalan kuasa dalaman dilakukan bagi melindungi peralatan daripada kerosakan akibat litar pintas telah dilakukan oleh pihak hospital. Sebarang keperluan perkhidmatan tersebut akan dirujuk ke hospital berdekatan iaitu HRPZ II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
  • Sebanyak 19 pesakit dari HTA dipindahkan ke HRPZ II dan HUSM kerana dikhuatiri paras air banjir akan meningkat pada bila-bila masa. Pemindahan pesakit-pesakit ini diuruskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Kelantan.

Hospital di Terengganu

Sebanyak empat (4) buah hospital telah terjejas dan berkemungkinan terjejas banjir dan dipantau secara rapi di Terengganu iaitu Hospital Kemaman, Hospital Besut, Hospital Setiu, dan Hospital Hulu Terengganu.

  • Peningkatan paras air akibat banjir telah menyebabkan limpahan air ke dalam ruang Jabatan Kecemasan dan Dewan Bersalin di Hospital Kemaman pada malam 18 Disember 2022 dan telah surut pada pagi 19 Disember 2022.
  • Peningkatan paras air mendadak di kawasan berhampiran Hospital Besut, Hospital Setiu, dan Hospital Hulu Terengganu telah menyebabkan laluan ke hospital dan kawasan sekitar terputus dan hanya dapat dilalui menggunakan kenderaan air atau udara. Walau bagaimanapun, hospital-hospital ini telah bersedia untuk menghadapi bencana banjir dengan keperluan bekalan perubatan, makanan, dan pakai buang yang mencukupi.

Fasiliti Klinik dan Pejabat Kesihatan Daerah

Sebanyak 32 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Kelantan iaitu 22 klinik desa dan 10 klinik kesihatan. Dari jumlah ini, sebanyak tujuh (7) fasiliti kesihatan masih beroperasi, 22 pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif, dan tiga (3) tidak beroperasi (Lampiran 1).

Sebanyak 40 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Terengganu iaitu 27 klinik desa, lima (5) klinik kesihatan, empat (4) klinik pergigian, tiga (3) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), dan satu (1) Unit Vektor di Jabatan Kesihatan Negeri. Dari jumlah ini, sebanyak 19 fasiliti kesihatan masih beroperasi, enam (6) pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif, dan 15 tidak beroperasi (Lampiran 1).

NASIHAT KKM BERKAITAN BANJIR

Orang ramai perlu peka dengan arahan semasa pihak berkuasa dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan seperti berikut bagi mencegah penyakit berjangkit berkaitan banjir:

  1. Elakkan dari mengharungi air banjir terutamanya jika mempunyai luka atau masalah kulit bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit Leptospirosis dan Meloidosis akibat air banjir yang tercemar;
  2. Gunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur;
  3. Minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang bersih bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, Kolera, Tifoid, Hepatitis A dan Acute Gastroenteritis (AGE);
  4. Amalkan penjagaan kebersihan diri iaitu sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas menjalankan aktiviti pembersihan, dan selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan;
  5. Sekiranya bekalan elektrik terputus, pastikan bekalan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak rosak sebelum dimasak. Elakkan memakan makanan yang terdedah kepada air banjir, makanan yang berada pada suhu bilik melebihi 4 jam, atau makanan yang mempunyai perubahan rasa, bau serta tekstur;
  6. Awasi risiko renjatan elektrik sekiranya rumah dinaiki air. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada air banjir sebelum ianya dipastikan selamat;
  7. Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, bekas-bekas menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan Anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan meningkatkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk seperti Demam Denggi, Chikungunya dan Malaria;
  8. Semasa tinggal di pusat-pusat pemindahan, amatlah penting bagi semua penghuni untuk mengamalkan sikap bertoleransi, saling bantu-membantu dan hormat-menghormati bagi mengelakkan ketegangan atau tekanan dalam kalangan penghuni; dan
  9. Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya.

Sekian, terima kasih

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Disember 2022 @ 10.00 pagi

Lampiran 1

Jadual 1 Senarai fasiliti kesihatan terjejas banjir

BIL.NegeriDaerahNama Fasiliti Kesihatan TerlibatKategori FasilitiStatus OperasiKlinik Alternatif
1KelantanPasir PutehKK Banggol Pak EsahKKTidak beroperasiTidak berkenaan
2KelantanTanah MerahKD SokorKDTidak beroperasiTidak berkenaan
3KelantanTanah MerahKD GobekKDBeroperasiTidak berkenaan
4KelantanMachangKK TemanganKKBeroperasiTidak berkenaan
5KelantanMachangKK Bukit BakarKKBeroperasiTidak berkenaan
6KelantanKuala KraiKD Kuala NalKDBeroperasiTidak berkenaan
7KelantanKuala KraiKD ChenulangKDBeroperasiTidak berkenaan
8KelantanKuala KraiKD MahligaiKDBeroperasiTidak berkenaan
9KelantanKuala KraiKD Pasir KelangKDBeroperasiTidak berkenaan
10KelantanKota BharuKK Wakaf Che YehKKTidak beroperasiTidak berkenaan
11KelantanPasir MasKK TendongKKPindah OperasiKK Pangkal Kala
12KelantanPasir MasKK MerantiKKPindah OperasiKADA Meranti
13KelantanPasir MasKK Gual PeriokKKPindah OperasiKK Rantau Panjang
14KelantanPasir MasKD RahmatKDPindah OperasiKK Rantau Panjang
15KelantanPasir MasKD Lubok SetolKDPindah OperasiKK Rantau Panjang
16KelantanPasir MasKD ChetokKDPindah OperasiKK Chekok
17KelantanPasir MasKD Bunut SusuKDPindah OperasiKK Pangkal Kala
18KelantanPasir MasKD JejawiKDPindah OperasiKD Repek
19KelantanPasir MasKD Gelang MasKDPindah OperasiPPS Gelang Mas
20KelantanPasir MasKD Pohon TanjongKDPindah OperasiKD Repek
21KelantanBachokKK MahligaiKKPindah OperasiKK Berop
22KelantanBachokKD Alor BakatKDPindah OperasiKD Kolam
23KelantanBachokKK KuchelongKKPindah OperasiKK Gunong
24KelantanBachokKD Pantai baruKDPindah OperasiKD Repek
25KelantanBachokKD BelukarKDPindah OperasiKD Kuau
26KelantanBachokKD BekelamKDPindah OperasiKK Gunong
27KelantanBachokKD Pauh SembilanKDPindah OperasiKK Beris Kubor
28KelantanTumpatKD SimpanganKDPindah OperasiKK Bunohan
29KelantanTumpatKD Pulau TokangKDPindah OperasiKK Teluk Renjuna
30KelantanTumpatKD BukitKDPindah OperasiKK Wakaf Baru
31KelantanTumpatKD Padang RokmaKDPindah OperasiKK Wakaf Baru
32KelantanTumpatKK Teluk JeringKKPindah OperasiKK Bunohan
33TerengganuBesutKP Pasir AkarKPTidak BeroperasiTidak berkenaan
34TerengganuBesutKP JabiKPTidak beroperasiTidak berkenaan
35TerengganuBesutKK Pasir AkarKKTidak beroperasiTidak berkenaan
36TerengganuBesutKD Pok WongKDTidak beroperasiTidak berkenaan
37TerengganuBesutKD KeruakKDBeroperasiTidak berkenaan
38TerengganuBesutKD LaKDBeroperasiTidak berkenaan
39TerengganuBesutKD KerandangKDBeroperasiTidak berkenaan
40TerengganuBesutKD Tok DorKDBeroperasiTidak berkenaan
41TerengganuBesutKP Kuala BesutKPBeroperasiTidak berkenaan
42TerengganuBesutKK Kuala BesutKKBeroperasiTidak berkenaan
43TerengganuBesutKD Felda TenangKDBeroperasiTidak berkenaan
44TerengganuBesutKD Bukit PayungKDBeroperasiTidak berkenaan
45TerengganuBesutKD Alor LintahKDBeroperasiTidak berkenaan
46TerengganuBesutKD Alor KeladiKDBeroperasiTidak berkenaan
47TerengganuHulu TerengganuKD KuaKDPindah OperasiKK Ajil
48TerengganuHulu TerengganuKD Padang SetarKDTidak beroperasiTidak berkenaan
49TerengganuHulu TerengganuKK TengkawangKKTidak beroperasiTidak berkenaan
50TerengganuHulu TerengganuKP TengkawangKPTidak beroperasiTidak berkenaan
51TerengganuHulu TerengganuKD Kuala JenerisKDTidak beroperasiTidak berkenaan
52TerengganuHulu TerengganuKD Bukit GemuruhKDTidak beroperasiTidak berkenaan
53TerengganuHulu TerengganuKD MenerongKDTidak beroperasiTidak berkenaan
54TerengganuHulu TerengganuKK Felda MengkawangKKBeroperasiTidak berkenaan
55TerengganuHulu TerengganuKD Felda TersatKDBeroperasiTidak berkenaan
56TerengganuHulu TerengganuPKD Hulu TerengganuPKDBeroperasiTidak berkenaan
57TerengganuSetiuPKD SetiuPKDPindah OperasiKK Rahmat
58TerengganuSetiuKD PelongKDPindah OperasiKK Langkap
59TerengganuSetiuKD GuntongKDTidak beroperasiTidak berkenaan
60TerengganuSetiuKD BanggolKDTidak beroperasiTidak berkenaan
61TerengganuSetiuKD FikriKDTidak beroperasiTidak berkenaan
62TerengganuSetiuKD Gong TerapKDTidak beroperasiTidak berkenaan
63TerengganuSetiuKD MundokKDTidak beroperasiTidak berkenaan
64TerengganuSetiuKD PenarikKDBeroperasiTidak berkenaan
65TerengganuSetiuKD BintangKDBeroperasiTidak berkenaan
66TerengganuSetiuKD LangkapKDBeroperasiTidak berkenaan
67TerengganuDungun KD Jongok BatuKDPindah OperasiKK AMBS
68TerengganuDungunKD Kuala JengalKDPindah OperasiKK AMBS
69TerengganuMarangKD UndangKDBeroperasiTidak berkenaan
70TerengganuMarangJKN Bukit PayongJKNBeroperasiTidak berkenaan
71TerengganuMarangKK Bukit PayongKKBeroperasiTidak berkenaan
72TerengganuKuala NerusPKD Kuala NerusPKDPindah OperasiKK Batu Rakit/KK Seberang Takir