Communicable disease

Kenyataan Media KPK 26 Disember 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 51 (18-24 Disember 2022)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI 51 TAHUN 2022

(18 DISEMBER – 24 DISEMBER 2022)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 13.0 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-51 tahun 2022 (ME 51/2022) berbanding ME 50/2022 (Rajah 1);

Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk
dari ME 1/2022 sehingga ME 51/2022

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 51/2022 berbanding ME 50/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 20.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 5.0 peratus.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 51/2022 berbanding ME 50/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 4 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 6 peratus.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19
dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.8 peratus (Rajah 4) pada ME 51/2022 berbanding ME 50/2022.

Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 50/2022 dan ME 51/2022 (Rajah 5):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 22.0 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 31.0 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 21.0 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke hospital dari ME 37/2022 hingga ME 51/2022

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menurun sebanyak 28.9 peratus pada akhir ME 51/2022 berbanding ME 50/2022; iaitu dari 9,702 kepada 6,516 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 6 peratus (392 kes) seperti Rajah 6:

Rajah 6: Pecahan Individu Dalam Pemantauan CAC Maya Yang Melengkapkan HAT Mengikut Kategori Untuk
ME 50/2022 (11 Disember hingga 17 Disember 2022) dan ME 51/2022 (18 Disember hingga 24 Disember 2022)

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 24 Disember 2022 (ME 51/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 5,022,910;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,972,325 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,831 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,164 kluster (kluster aktif: 14 kluster).

Perbandingan antara ME 50/2022 dan ME 51/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 51/2022 menurun sebanyak 24.6 peratus (10,330 kes kepada 7,791 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 51/2022 menurun sebanyak 18.7 peratus (7,249 kes kepada 5,894 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 18.7 peratus (7,232 kes kepada 5,880 kes); dan
    • Bilangan kes import menurun sebanyak 17.6 peratus (17 kes kepada 14 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 51/2022 menurun sebanyak 34.0 peratus (47 kes kepada 31 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus (16,895 kes kepada 14,580 kes) (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes  kematian COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes  import COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022

NILAI RT

Nilai RT pada ME 51/2022 adalah 0.84 (Rajah 10).

Rajah 10: Purata Nilai RT mingguan tahun 2022 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 51/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 65 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 8.97 peratus pada ME 51/2022 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 13.33 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 51/2022 (Rajah 12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel sehingga ME 51/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 51/2022

SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR

Sehingga jam 3.00 petang, 25 Disember 2022, KKM ingin memaklumkan:

  • Jumlah negeri dilanda banjir – Lima (5) (Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak);
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 63 PPS; dan
  • Jumlah mangsa terjejas banjir ditempatkan di PPS – 13,101 orang.

Pada ME 51/2022, KKM juga ingin memaklumkan:

  • Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – enam (6) kes. Semua kes adalah kes ringan (kategori 2) dan meneruskan isolasi di rumah setelah PPS ditutup;
  • Kes positif COVID-19 di PPS – Tiada;
  • Jumlah mangsa banjir yang diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS – 11,593 orang;dan
  • Kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir – 3,212 kes (Jadual 1).Semua kes yang dilaporkan adalah kes terpencil dan tiada kejadian wabak penyakit berjangkit berlaku di PPS.

Jadual 1: Pecahan kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada ME 51/2022

PENYAKIT BERJANGKITBILANGAN KES
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)1,749
Penyakit Kulit1,232
Konjunktivitis124
Acute Gastroenteritis (AGE)106
Chicken-pox1
JUMLAH3,212

Pada ME 51/2022, sebanyak 19,214 aktiviti pendidikan kesihatan dijalankan (Jadual 2).

Jadual 2: Pecahan aktiviti pendidikan kesihatan pada

ME 51/2022

AKTIVITI PENDIDIKANBILANGAN AKTIVITI
Cetakan dan edaran bahan10,509
Tunjuk cara1,117
Nasihat individu5,043
Hebahan awam1,042
Perbincangan kumpulan kecil878
Posting media sosial390
Media luar169
Ceramah35
Taklimat16
Pameran14
Gotong-royong kendiri1
JUMLAH19,214

Sebanyak 11 fasiliti tidak beroperasi iaitu sebanyak lapan (8) di Terengganu dan tiga (3) di Kelantan melibatkan 10 Klinik Desa (KD) dan satu (1) Klinik Pergigian (KP). Bagi fasiliti kesihatan yang tidak beroperasi, pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan di fasiliti kesihatan alternatif yang telah ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL

KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini, khususnya kepada mereka yang beragama Kristian. Sempena sambutan Hari Natal ini, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan norma baharu iaitu memakai pelitup muka terutamanya di kawasan sesak dan sempit terutama bagi individu yang berisiko tinggi dan tidak sihat. Selain itu, setiap orang dinasihatkan agar melakukan TRIIS dan jalankan penilaian kendiri sebelum menziarahi sanak saudara yang lain.

Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman pula, sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya dengan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan terutamanya pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini. Dapatkan perkembangan cuaca terkini di media sosial Jabatan Meteorologi untuk merancang perjalanan yang selamat. Semoga perayaan ini membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, serta perpaduan yang utuh kepada negara Malaysia yang berbilang kaum.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Disember 2022 @ 10.00 pagi

Categories: Communicable disease, Press, WHO

Tagged as: