SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 1 TAHUN 2023
(1 JANUARI – 7 JANUARI 2023)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatanbagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak2.0 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-1 tahun 2023 (ME 1/2023) berbanding ME 52 /2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 1/2023 berbanding ME 52/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
- Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 15.4 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 7.7 peratus.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 1/2023 berbanding ME 52/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
- Katil bukan kritikal menurun sebanyak 2.0 peratus; dan
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2.0 peratus.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus (Rajah 4) pada ME 1/2023 berbanding ME 52/2022.
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 52/2022 dan ME 1/2023 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 32.6 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 24.8 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 28.6 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Januari 2023 (ME 1/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,029,908;
- Kumulatif kes sembuh: 4,981,975 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,874 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,167 kluster (kluster aktif: 9 kluster).
Perbandingan antara ME 52/2022 dan ME 1/2023:
- Bilangan kes sembuh pada ME 1/2023 menurun sebanyak35.6 peratus (5,869 kes kepada 3,781 kes) (Rajah 7);
- Bilangan kes baharu pada ME 1/2023 menurun sebanyak 14.2 peratus (3,767 kes kepada 3,231 kes) (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 14.0 peratus (3,735 kes kepada 3,213 kes); dan
- Bilangan kes import menurun sebanyak 43.8 peratus (32 kes kepada 18 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 menurun sebanyak4.5 peratus (22 kes kepada 21 kes); dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 1/2023 menurun sebanyak 10.8 peratus (12,647 kes kepada 11,278 kes) (Rajah 9).
NILAI RT
Nilai RT pada ME 1/2023 adalah 0.82 (Rajah 10).
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 1/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Sebanyak 27 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 3.5 peratus pada ME 1/2023 (Rajah 11); dan
- Sebanyak 2.6 peratus SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 1/2023 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di ( https://covid-19.moh.gov.my/hotline ) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
9 Januari 2023 @ 10.30 pagi
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.