Communicable disease

Kenyataan Media KPK 16 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 2 (8-14 Januari 2023)

SITUASI SEMASA JANGKITAN

PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI 2 TAHUN 2023

(8 – 14 JANUARI 2023)

STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatanbagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27.1 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023 (ME 2/2023) berbanding ME 1/2023 (Rajah 1);

Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 3/2022 sehingga ME 2/2023

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 2/2023 berbanding ME 1/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2);

  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 36.4 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 41.7 peratus.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 2/2023 berbanding ME 1/2023 (Rajah 3) adalah seperti berikut:

  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 2.0 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2.0 peratus.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.3 peratus (Rajah 4) pada ME 2/2023 berbanding ME 1/2023.

Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 1/2023 dan ME 2/2023 (Rajah 5):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 1.7 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 23.3 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 37.5 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah, dan kes rujukan CAC ke hospital dari ME 40/2022 hingga ME 2/2023

STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 14 Januari 2023 (ME 2/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 5,032,433;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,985,263 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,908 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,167 kluster (kluster aktif: 5 kluster).

Perbandingan antara ME 1/2022 dan ME 2/2023:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 2/2023 menurun sebanyak 13.0 peratus (3,781 kes kepada 3,288 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 2/2023 menurun sebanyak 21.9 peratus (3,231 kes kepada 2,525 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 22.3 peratus (3,213 kes kepada 2,497 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkat sebanyak 55.6 peratus (18 kes kepada 28 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 2/2023 meningkat sebanyak 61.9 peratus (21 kes kepada 34 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 2/2023 menurun sebanyak 3.3 peratus (11,278 kes kepada 10,901 kes) (Rajah 9).
   Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023

NILAI RT

Nilai RT pada ME 2/2023 adalah 0.89 (Rajah 10).

Rajah 10: Purata  Nilai RT mingguan dari ME 3/2022 hingga ME 2/2023

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 2/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 27 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 3.4 peratus pada ME 2/2023 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 1.7 peratus SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 2/2023 (Rajah 12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel sehingga ME 2/2023
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 2/2023

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Januari 2023 @ 10.00 pagi 

Categories: Communicable disease, Press, WHO

Tagged as: