Blog

Kenyataan Media KPK 28 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke 8 Tahun 2023 (19-25 Februari 2023)

SITUASI SEMASA JANGKITAN

PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-8 TAHUN 2023

(19 – 25 FEBRUARI 2023)

1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN

Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 6.7 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-8 tahun 2023 (ME 8/2023) berbanding ME 7/2023 (Rajah 1);

Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk
dari ME 9/2022 hingga ME 8/2023

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100, 000 populasi pada ME 8/2023 berbanding ME 7/2023 adalah seperti berikut;

  • Pesakit kategori 1 dan 2, menurun sebanyak 25.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 25.0 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 8/2023 berbanding ME 7/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):

  • Katil bukan kritikal, tiada perubahan, kekal pada 7.0 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus; dan
  • Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus.
Rajah 2: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19dari ME 9/2022 hingga ME 8/2023

2.0    PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 8/2023 berbanding ME 7/2023 (Rajah 3):

  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 7.5 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 14.1 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 50.0 peratus.
Rajah 3: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke hospital dari ME 46/2022 hingga ME 8/2023

3.0    STATUS TERKINI KES COVID-19

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Februari 2023 (ME 8/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 5,042,188;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,996,441 kes;
  • Purata kes aktif : 8,898 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,957 kes; dan

Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 1 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 7/2023 dan ME 8/2023 (Rajah 4):

  • Bilangan kes baharu menurun sebanyak 8.6 peratus (1,495 kes kepada 1,367 kes);
  • Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 16.1 peratus (1,784 kes kepada 1,497 kes); dan
  • Bilangan kes kematian menurun sebanyak 50.0 peratus (4 kes kepada 2 kes).
Rajah 4: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19
dari ME 52/2021 (1 Januari 2022) sehingga ME 8/2023

4.0 NILAI Rt

Nilai Rt pada ME 8/2023 adalah 0.97 (Rajah 5).

Rajah 5: Purata Nilai Rt mingguan sehingga ME 8/2023

5.0    SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 8/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:

  • Sebanyak 23 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.9 peratus pada ME 8/2023 (Rajah 6); dan
  • Sebanyak 1.5 peratus sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 8/2023 (Rajah 7).
Rajah 6: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel sehingga ME 8/2023
Rajah 7: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 8/2023

6.0    NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Februari 2023 @ 10.00 pagi