Category: Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2017 – Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum video yang ditularkan melalui media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif […]

Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2017 – Isu Mengenai Bak Chang (Rice Dumplings) Yang Didakwa Mengandungi Asid Borik

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “We don’t use boric acid in our rice dumplings, say sellers” yang disiarkan melalui akhbar The Star bertarikh 29 Mei 2017. Akhbar tersebut memetik laporan sebuah akhbar harian berbahasa Cina yang mendakwa bahawa bak chang (rice dumplings) yang dijual di […]

Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2017 – Makanan Sihat & Selamat Untuk Ramadhan Sihat

Bulan mulia kembali lagi dan saat berbuka pasti menggembirakan setelah seharian berpuasa. Juadah Bazar Ramadhan pasti menjadi tumpuan selain gerai, restoran dan hotel-hotel yang menyediakan juadah berbuka puasa. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan agar orang ramai sentiasa peka terhadap kesihatan mereka dan anggota keluarga mereka terutamanya dalam […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 Mei 2017 – Penarikan Balik Floridia Grated Parmesan Cheese dari Pasaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk laporan dalam laman sesawang Food Standards Australia New Zealand (FSANZ) mengenai penarikan balik produk makanan Floridia Grated Parmesan Cheese secara sukarela oleh syarikat Floridia Cheese Pty. Ltd. di Australia. Penarikan balik produk tersebut melibatkan batch “Best Before” 20/04/2017 hingga 14/04/2018 dalam saiz […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 April 2017 – Kenyataan Akhbar ke-2 Mengenai Isu Stevia Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mac 2017. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran. Hasil pemantauan mendapati satu sampel berjenama PURE STEVIA keluaran syarikat VJS Cosmo […]

Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2017 – Garis Panduan Pengusaha Food Truck

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Bentang Garis Panduan Pengusaha Food Truck” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 20 April 2017. Laporan tersebut menyatakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal membentangkan cadangan mewujudkan garis panduan khusus bagi pengusaha food truck bertujuan membuat […]

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2017 – Isu Skandal Daging dari Negara Brazil

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum beberapa laporan berhubung perkara di atas yang disiarkan melalui media kebelakangan ini berkaitan skandal daging dari negara Brazil, di mana beberapa kilang pemprosesan daging didapati telah memberikan rasuah kepada pihak berkuasa di negara terbabit bagi mendapatkan sijil kelulusan. Berkuatkuasa 1 Januari 2005, […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Mac 2017 – Keracunan Makanan di Sekolah Agama Seri Berkat, Kampung Semerah Darat, Batu Pahat, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian keracunan makanan yang melibatkan 11 orang pelajar berumur 7 hingga 9 tahun dari Sekolah Agama Seri Berkat, Kg Semerah Darat, Batu Pahat, Johor pada 14 Mac 2017. Kesemua pelajar telah mengalami gejala muntah dan pening setelah mengambil makanan ringan jenis puding […]

Kenyataan Akhbar KPK 18 Januari 2017 – Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Kosmo dan Harian Metro bertarikh 16 Januari 2017 mengenai tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengandungi bahan peluntur benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Januari 2017 – Isu Mengenai Buah Limau Mandarin Yang Didakwa Mengandungi Bahan Kimia Sulfur Dioksida

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di laman sosial berkaitan limau mandarin yang didakwa mengandungi sulfur dioksida. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu. Ini termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin di mana sulfur dioksida […]

Kenyataan Akhbar KPK 7 Januari 2017 – Isu Penyebaran Maklumat Di Media Sosial Mengenai Human Immunodeficiency Virus di dalam Buah-Buahan dalam Tin daripada Thailand

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah tidak berasas. HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin […]