Category: Smoking

Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2017 – Tindakan Undang-Undang Terhadap Penjualan Hasil Tembakau di Atas Talian Melalui Laman Media Sosial

Kementerian Kesihatan Malaysia pada 20 Disember 2017 telah mendakwa seorang pemuda berusia 23 tahun atas kesalahan menjual hasil tembakau melalui akaun laman media sosial (Facebook). Kesalahan tersebut dikesan pada bulan Oktober 2017 dan pasukan penguatkuasa kesihatan awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan operasi serbuan pada 19 […]

Kenyataan Akhbar KPK 8 November 2017 – Penguatkuasaan Kesihatan Awam Ke Atas Penjualan Rokok di Bawah Harga Minima

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kemudahdapatan rokok yang tidak mematuhi undang-undang negara. Dewasa ini didapati penjualan rokok di bawah harga RM 10.00 sedang berleluasa di seluruh Negara meskipun undang-undang berkaitan harga minima rokok ini telah dipinda pada tahun 2015. Di bawah Peraturan 8C(1), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil […]

KOSPEN – Komuniti Sihat Pembina Negara

YAB PM @NajibRazak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 30 million kepada program “Komuniti Sihat Pembina Negara” (KOSPEN) di lebih 10,000 lokaliti di seluruh Negara. Ini akan membantu pelaksanaan inisiatif penting ini, yang akan turut menjadi komponen dalam Enhanced Primary Health Care (EnPHC). Apa itu KOSPEN? KKM telah memulakan […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Mei 2017 – Pewartaan Sepuluh Kawasan Larangan Merokok di Bawah Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR)

Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak sepuluh (10) kawasan di negeri Kelantan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, berkuatkuasa mulai 15 Mei 2017 (senarai tempat pewartaan adalah seperti di Lampiran). Pewartaan ini merupakan satu usaha di bawah Inisiatif Bandar Bebas Rokok yang […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 Februari 2017 – Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Tempat Dilarang Merokok

Susulan daripada pewartaaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan di seluruh taman-taman awam di Malaysia. Tujuan penguatkuasaan pendidikan ini adalah untuk memberikan amaran kepada masyarakat bahawa aktiviti merokok adalah […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 Februari 2017 – Taman Awam dan Taman Negara Sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pemansuhan Peraturan 21 PPPKHT 2004

Bermula 1 Februari 2017, di bawah Peraturan 11(w) dan 11(x), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia, Taman Negara yang telah diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Mei 2016: Ops Puntung

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA OPERASI KHAS PERATURAN – PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (OPS PUNTUNG) SEMPENA SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2016 Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Tema yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun ini […]

Kenyataan Akhbar KPK 29 Nov 2015: Titah Perintah DYMM Sultan Johor Melarang Penjualan Rokok Elektronik & Vape di Johor

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA  MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG SETINGGI-TINGGI KASIH KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ATAS TITAH PERINTAH MELARANG PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM Kementerian Kesihatan Malaysia sangat mengalu-alukan dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada […]

Kenyataan Akhbar KPK 27 Nov 2015: Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok Secara Kerjasama Sektor Awam Dan Swasta ‘M Quit Services’

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA  PERKHIDMATAN RAWATAN BERHENTI MEROKOK SECARA KERJASAMA SEKTOR AWAM DAN SWASTA ‘M QUIT SERVICES’          Program Perkhidmatan Berhenti Merokok yang dinamakan ‘M Quit Services’ merupakan satu program yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok di fasiliti awam dan fasiliti swasta. Program ini bertujuan untuk meningkatkan […]

MAJLIS PERASMIAN “HARI KESIHATAN KARDIOVASKULAR…DI SINI LAHIRNYA WARGA SIHAT DAN CEMERLANG”  

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Blok E1, Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan dan Bahagian Perkembangan Perubatan dengan kerjasama Hospital Serdang di atas jemputan untuk merasmikan Hari Kesihatan Kardiovaskular ini yang bertemakan “Di Sini […]

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji cadangan pengawalan rokok elektronik

Kementerian Kesihatan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal khas bagi mengkaji kesan rokok elektronik dan cadangan untuk mengawalnya, pada bulan Ogos 2013. Jawatankuasa ini telah mengambil kira potensi peranan rokok elektronik di dalam membantu perokok mengurangkan pengambilan rokok atau berhenti merokok. Turut diambil kira adalah kemungkinan kesan kesihatan kepada […]

Merokok penyakit ketagihan? Bukankah anda sudah belajar berhenti merokok semenjak Ramadhan yang lalu?

Kadanag-kadang saya berasa agak pelik apabila mengetahui ramai orang yang boleh kurangkan atau berhenti merokok semasa bulan Ramadhan tetapi tidak semasa bulan-bulan lain. Tahukah anda amalan merokok adalah sejenis penyakit ketagihan? Satu daripada lebih 4000 bahan toksik yang memudaratkan adalah NIKOTIN. Semua jenis rokok termasuk rokok elektronik mengandungi […]

Kesan rokok tidak sah… hentikan…

Kerajaan, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius kepada isu amalan merokok di negara kita. Merokok menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit seperti kardiovaskular, kanser dan penyakit obstruktif paru-paru kronik. Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah kesihatan orang di sekeliling mereka. Di dalam mengangani tabiat merokok, kerajaan juga mengenalpasti […]