Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum penularan berita di media cetak dan elektronik antarabangsa dan tempatan mengenai maklumat terkini berkaitan produk Dengvaxia serta penggantungan produk ini oleh negara Filipina. KKM ingin merujuk kepada kajian klinikal jangka masa panjang selama enam (6) tahun yang mendapati bahawa walaupun vaksin Dengvaxia memberikan pelindungan […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 5 Ogos 2017 iaitu minggu epid 31 tahun 2017, sebanyak 18 kes disahkan difteria telah dilaporkan. Daripada jumlah ini, sebanyak tiga (3) kes telah meninggal dunia walaupun setelah diberikan rawatan anti-toksin. Namun begitu jumlah ini lebih rendah berbanding dengan tempoh […]
Viral hepatitis is inflammation of the liver caused by viruses such as virus Hepatitis A, B, C ,D and E. Hepatitis B and C may lead to chronic liver disease that cause significant economic and disease burden to us in Malaysia. These conditions are usually asymptomatic or the […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada beberapa keratan akhbar Malaymail Online bertarikh, 21 Julai 2017 bertajuk ‘Why no rabies vaccine? Sarawak ask Putra Jaya amid outbreak’ dan akhbar Borneo Post Online bertajuk ‘Ministry of Health asked, why no ready vaccine’. KKM dengan ini menafikan kenyataan dalam artikel […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. Ternyata rakyat Malaysia seluruh negara menyambut bulan yang menggembirakan ini dengan banyaknya undangan rumah terbuka dan jamuan hari raya di mana-mana sahaja sama ada di pejabat-pejabat, sekolah-sekolah, institusi selain di rumah-rumah persendirian. Namun begitu, […]
Merujuk kepada kenyataan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 5 September 2016 di muka hadapan dan muka surat 9 yang bertajuk “Waspada Vaksin Palsu”, “Tiada Kilang Hasil Vaksin Homeopati” dan “Alternatif Ibu Bapa Antivaksin”, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan […]
According to World Health Organization (WHO) 2015, cervical cancer is ranked fourth commonest cancer among women globally, after breast, colorectal and lung cancer. In Malaysia, National Cancer Registry (NCR) 2007 reported cancer of the cervix as the third most common cancer among women and fifth most common cancer […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum kejadian keracunan makanan yang berlaku di sekolah dan institusi pendidikan. Terkini, kejadian keracunan makanan yang berlaku melibatkan dapur asrama Sekolah Menengah Poh Lam, Lahat, Perak pada 25 Ogos 2016 yang melibatkan 70 orang pelajar. Siasatan awal oleh KKM mendapati makanan yang disyaki […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 25 Ogos 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun warganegara Malaysia mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak sejak 12 Ogos 2016. Pesakit yang masih mengalami gejala […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes merupakan seorang kanak-kanak warganegara berumur 3 tahun yang tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati. Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah semenjak 13 […]
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memberi peringatan bahawa Kementerian pernah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai isu pengambilan Vaksin Homeopati pada 3 Disember 2015 seperti berikut: PAUTAN KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BERTARIKH 3 DISEMBER 2015 LIHAT VIDEO INI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu vaksin tiruan di negara Indonesia baru-baru ini. Pihak agensi regulatori Indonesia, Badan Pengawas Obat dan Makanan (BADANPOM) pada 20 Julai 2016 telah mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan vaksin tiruan di Indonesia. Susulan itu, kerajaan Indonesia telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan pengedaran vaksin […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 26 Julai 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes seorang kanak-kanak warganegara berumur 6 tahun yang telah menerima imunisasi tiga (3) dos utama tetapi cicir dos tambahan pada usia 18 bulan. Kanak-kanak ini mula […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, pada tengahari 24 Julai 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah melaporkan satu (1) kematian, kanak-kanak lelaki berusia 11 bulan yang pernah dirawat sebagai kes difteria pada 21 Jun 2016. Beliau telah menerima rawatan antitoksin dan antibiotik yang lengkap. Keputusan dua (2) […]
Dari 18 sehingga 21 Julai 2016, sembilan (9) kes baru disahkan difteria telah dilaporkan, iaitu enam (6) kes dari Negeri Sembilan, dua (2) dari Pulau Pinang dan satu (1) kes dari Kedah. Ini menjadikan kumulatif kes difteria kepada 24 kes termasuk lima (5) kematian. Pecahan kes mengikut negeri […]