Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2016 – Perkhidmatan Pemasangan Pendakap Gigi (Braces) Oleh Pengamal Pergigian Haram

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dan berasa kesal kerana masih ramai yang memandang ringan tentang kesan pemasangan pendakap gigi (braces) oleh pengamal pergigian haram. Pendakap gigi (braces) merupakan rawatan untuk membetulkan susunan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak sempurna. Walaubagaimanapun, ada sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja yang […]

Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2016 – Waspada Pembelian dan Penjualan Ubat Atas Talian

Kepesatan teknologi telah menyebabkan mekanisme perniagaan secara konvensional telah beralih kepada perniagaan atas talian termasuklah penjualan ubat-ubatan. Lebih membimbangkan apabila ada peniaga dalam talian turut mengiklankan ubat-ubatan dengan pelbagai tuntutan perubatan yang diragui kesahihannya termasuklah ubat yang tidak berdaftar, produk dicemari racun, produk tiruan dalam pelbagai platform di […]

Kenyataan Akhbar KPK 30 Ogos 2016 – Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Secara Atas Talian (Online)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat memandang serius dan berasa kesal kerana didapati masih terdapat ramai pihak yang mengambil mudah mengenai penjualan sijil cuti sakit (MC), malah ada yang tidak bertanggungjawab dengan mengiklankan penjualan sijil cuti sakit secara atas talian (on-line), sama ada dengan atau tanpa penglibatan pengamal perubatan […]

“ZIKA ALERT” DAN ARAHAN PENTADBIRAN UNTUK PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN JANGKITAN VIRUS ZIKA (SURAT EDARAN KPK 4 FEBRUARI 2016)

Sila rujuk Surat Edaran Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 4 Februari 2016 No. Rujukan: KKM-600-29/4/56 Jld.2(89) yang dilampirkan seperti di bawah sebagai garis panduan bagi pemantauan dan pengurusan jangkitan Virus Zika. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus, sila rujuk kepada senarai lampiran berikut : Lampiran 1: Definasi kes jangkitan Virus […]

Press Statement DG of Health 29 August 2016 – Launching of the Clinical Practice Guidelines on Management of Cervical Cancer (Second Edition)

According to World Health Organization (WHO) 2015, cervical cancer is ranked fourth commonest cancer among women globally, after breast, colorectal and lung cancer. In Malaysia, National Cancer Registry (NCR) 2007 reported cancer of the cervix as the third most common cancer among women and fifth most common cancer […]

Kenyataan Akhbar KPK 27 Ogos 2016 – Keracunan Makanan di Sekolah Asrama Harian, Perak dan Sekolah Sukan Malaysia, Terengganu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum kejadian keracunan makanan yang berlaku di sekolah dan institusi pendidikan. Terkini, kejadian keracunan makanan yang berlaku melibatkan dapur asrama Sekolah Menengah Poh Lam, Lahat, Perak pada 25 Ogos 2016 yang melibatkan 70 orang pelajar. Siasatan awal oleh KKM mendapati makanan yang disyaki […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Ogos 2016 – Status Kes Difteria Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes merupakan seorang kanak-kanak warganegara berumur 3 tahun yang tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati. Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah semenjak 13 […]