Kenyataan Akhbar KPK 10 Februari 2017 – Situasi Terkini Kejadian Jangkitan Saluran Pernafasan di Tanah Merah Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan situasi terkini kejadian jangkitan saluran pernafasan di Tanah Merah Kelantan, susulan daripada Kenyataan Akhbar Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan bertarikh 9 Februari 2017 dan laporan pihak media. Pemantauan ke atas kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan ini dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat sedang […]

Kenyataan Akhbar KPK 8 Februari 2017 – Isu Tablet Paracetamol Mengandungi Virus “Machupo” Yang Tersebar Luas Di Laman Media Sosial

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada penularan mesej di laman media sosial berkaitan tablet paracetamol P/500, warna putih berkilat yang dikatakan mengandungi virus ‘Machupo’. Produk P/500 (Aeknil) tablet berwarna putih yang disebarkan melalui media sosial  tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil Tablets […]

Kenyataan Akhbar KPK 8 Februari 2017 – Kluster Jangkitan Rotavirus di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling, Kedah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada 3 Februari 2017 jam 11.00 pagi, satu kejadian kluster acute gastroenteritis (AGE) disyaki Rotavirus telah dinotifikasi daripada Hospital Kulim melibatkan enam (6) kes terdiri daripada kanak-kanak berusia 2-11 tahun dari dua (2) keluarga yang tiada kaitan. Kesemua pesakit mempunyai sejarah mengunjungi […]

Kenyataan Akhbar YBMK 6 Februari 2017 – Caj Sediada Rawatan Pergigian Pesakit Luar (Warganegara) di Fasiliti Kementerian Kesihatan Kekal

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa caj rawatan pergigian sediada bagi pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) adalah dikekalkan. Ini bermakna, pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian tetap membayar caj yang rendah pada kadar subsidi yang amat tinggi dibiayai oleh Kerajaan. Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 Februari 2017 – Taman Awam dan Taman Negara Sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pemansuhan Peraturan 21 PPPKHT 2004

Bermula 1 Februari 2017, di bawah Peraturan 11(w) dan 11(x), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia, Taman Negara yang telah diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu […]

Kenyataan Akhbar KPK 2 Februari 2017 – Caj Sediada Rawatan Pergigian Pesakit Luar (Warganegara) di Fasiliti Kementerian Kesihatan Tidak Berubah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi penjelasan lanjut mengenai isu caj rawatan pergigian. Adalah dimaklumkan bahawa caj bagi prosedur rawatan sediada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 tidak pernah disemak selama 35 tahun sedangkan kos sebenar telah meningkat. Justeru, perintah ini telah dikemaskini di mana Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) […]

Kenyataan Akhbar KPK 1 Februari Caj Rawatan Pergigian di Fasiliti Kesihatan Kerajaan Masih Terus Diberi Subsidi Yang Tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi bagi pesakit dalam Kelas 3. Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan […]

Kenyataan Akhbar KPK – Situasi Semasa Demam Denggi dan Zika di Malaysia (Minggu 03/2017 dari 15-21 Januari 2017)

Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat peningkatan kes Demam Denggi dalam tempoh tiga (3) minggu dari 1 Januari hingga 21 Januari 2017. Pada minggu ketiga tahun 2017, iaitu bagi tempoh dari 15 hingga 21 Januari 2017, sebanyak 2,053 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 1,876 kes pada […]

Kenyataan Akhbar KPK 21 Januari 2017 – Kawalan dan Tindakan Oleh KKM Ke Atas Produk Kosmetik di Pasaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memandang berat isu-isu berkaitan keselamatan dan kualiti produk kosmetik di pasaran. Kebelakangan ini terdapat banyak laporan di media massa yang melibatkan produk yang digunakan untuk tujuan kecantikan. Siasatan KKM menunjukkan kebanyakan produk-produk terlibat tidak dikategorikan sebagai kosmetik dan adalah produk farmaseutikal tidak berdaftar […]

Kenyataan Akhbar KPK 18 Januari 2017 – Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Kosmo dan Harian Metro bertarikh 16 Januari 2017 mengenai tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengandungi bahan peluntur benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Januari 2017 – Isu Mengenai Buah Limau Mandarin Yang Didakwa Mengandungi Bahan Kimia Sulfur Dioksida

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di laman sosial berkaitan limau mandarin yang didakwa mengandungi sulfur dioksida. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu. Ini termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin di mana sulfur dioksida […]