Kenyataan Akhbar KPK 16 Disember 2016 – Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar ‘Creative Health Resources (CHR) Creative Herbs dan Creative Health Resources (CHR) Creative Nutrition’

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional dengan nama CREATIVE HEALTH RESOURCES (CHR) CREATIVE HERBS dan CREATIVE HEALTH RESOURCES (CHR) CREATIVE NUTRITION (gambar produk disertakan […]

Kenyataan Akhbar KPK 6 Disember 2016 – Pemberian Ubat Rawatan Kanser Akan Diteruskan Bagi Pesakit Kanser di KKM

Merujuk kepada artikel dalam akhbar The MalayMail Online pada 5 Disember 2016 yang bertajuk “Why New Cancer Drugs Are Unavailable in Malaysian Public Hospitals”, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi penerangan mengenai beberapa salah faham seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut. Seperti kebanyakan negara lain, KKM juga mempunyai […]

Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi (iGG) Kebangsaan 4 Disember 2016 Dewan Tun Perak, LHDN Melaka

Program iGG telah dimulakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada bulan Mei 2016 dengan 30 orang sukarelawan dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Para ikon ini diberi latihan terlebih dahulu berpandukan modul penjagaan kesihatan pergigian. Walau bagaimanapun, ikon pergigian ini masih dibimbing dan dipantau oleh fasilitator yang terdiri […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 Disember 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi & Zika di Malaysia (Bagi Minggu 47/2016 dari 20-26 November 2016)

    Pada minggu ke-47 tahun 2016, iaitu dari 20 November hingga 26 November 2016, sebanyak 1,257 kes telah dilaporkan berbanding 1,201 kes pada minggu sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 56 kes (4.7%). Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Januari hingga 26 November 2016, jumlah kumulatif kes Demam […]

Kenyataan Akhbar KPK 22 November – Kesilapan Penyerahan Mayat di Hospital Pulau Pinang

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin merujuk kepada kejadian kesilapan penyerahan mayat kepada waris sepertimana dalam laporan akhbar Kwong Wah Press pada 22 November 2016. Makluman dan siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa perkara ini telah berlaku dan siasatan mendalam […]

Kenyataan Akbar KPK 22 November 2016 – Penguatkuasaan ”Ops Barang Lusuh” di Bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil beberapa langkah untuk membendung penularan Denggi dan Jangkitan Zika di seluruh negara termasuk melalui penguatkuasaan undang-undang. Di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit Berjangkit 1975 (APSPP), adalah menjadi tanggungjawab semua orang bagi memastikan premis yang dimiliki atau dihuni tidak menjadi tempat pembiakan […]

Kenyataan Akhbar KPK 21 November 2016 – Kejadian Wabak Malaria di Pos Kemar, Hulu Perak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa hasil daripada aktiviti pengesanan kes secara aktif atau active case detection (ACD) di kawasan berisiko tinggi malaria, yang dilakukan oleh anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak di bawah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, telah terdapat seramai tiga (3) orang […]

Kenyataan Akhbar KPK 20 November 2016 – Isu Susu Mentah Diminum Terus Tanpa Perlakuan Haba

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat penjualan susu mentah untuk diminum terus tanpa perlakuan haba. KKM mendapat maklumat pihak tertentu mempromosikan susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu tersebut adalah selamat  untuk diminum terus. KKM  ingin menegaskan  […]