Kenyataan Akhbar KPK 24 Disember 2017 – Peringatan Berkala Mengenai Penularan Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada paparan di ruangan Twitter oleh seorang wanita mengenai anggota keluarganya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana disyaki dijangkiti penyakit MERS-CoV dan ingin memberikan penjelasan lanjut mengenainya. Untuk makluman, ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik pesakit tersebut […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Disember 2017 – Maklumbalas Bagi Surat di Portal Akhbar Atas Talian Malaysiakini 21 Disember 2017 Bertajuk “Kasihan Orang Perlis, Hospital Tiada Kemudahan”

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengambil maklum surat Encik David Marshel yang bertajuk ‘Kasihan orang Perlis, hospital tak ada kemudahan’ yang disiarkan oleh portal akhbar atas talian Malaysiakini bertarikh 21 Disember 2017. Adalah dimaklumkan bahawa kenyataan Encik David iaitu “tahap perkhidmatan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah lebih teruk dari […]

Kenyataan Akhbar Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 22 Disember 2017 – Pelanjutan Tempoh Moratorium Bagi Pendaftaran Peranti Perubatan di Bawah Seksyen 5 Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)

Merujuk kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) berkaitan penguatkuasaan sepenuhnya keperluan pendaftaran peranti perubatan di bawah seksyen 5, Akta 737 yang dikeluarkan pada 25 Julai 2017, adalah dimaklumkan bahawa PBPP dalam mesyuaratnya pada 18 Disember 2017 telah bersetuju untuk memberi pelanjutan bagi tempoh moratorium […]

Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2017 – Tindakan Undang-Undang Terhadap Penjualan Hasil Tembakau di Atas Talian Melalui Laman Media Sosial

Kementerian Kesihatan Malaysia pada 20 Disember 2017 telah mendakwa seorang pemuda berusia 23 tahun atas kesalahan menjual hasil tembakau melalui akaun laman media sosial (Facebook). Kesalahan tersebut dikesan pada bulan Oktober 2017 dan pasukan penguatkuasa kesihatan awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan operasi serbuan pada 19 […]

Kenyataan Akhbar KPK 21 Disember 2017 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

1.          Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 2.         Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun […]

Kenyataan Akhbar KPK 14 Disember 2017 – Isu Susu Rumusan Bayi Disyaki Menggunakan Cap Dagangan Tiruan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita mengenai “Aduan bayi muntah teruk: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) rampas susu dipercayai palsu” yang disiarkan melalui media pada 10 Disember 2017. Laporan tersebut menyatakan pihak KPDNKK Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 […]

Kenyataan Akhbar KPK 2 Disember 2017- Maklumat Terkini Produk Dengvaxia dan Penggantungan Produk Dengvaxia oleh Negara Filipina

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum penularan berita di media cetak dan elektronik antarabangsa dan tempatan mengenai maklumat terkini berkaitan produk Dengvaxia serta penggantungan produk ini oleh negara Filipina. KKM ingin merujuk kepada kajian klinikal jangka masa panjang selama enam (6) tahun yang mendapati bahawa walaupun vaksin Dengvaxia memberikan pelindungan […]

Kenyataan Akhbar KPK 27 November 2017 – Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Produk Gozout

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima maklumat berkenaan pengiklanan dan penjualan produk Gozout yang membuat pelbagai tuntutan perubatan dan kesihatan yang mengelirukan orang ramai. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga telah mengesahkan bahawa produk ini adalah bukan keluaran produk berdaftar dan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 November 2017 – Pelepasan Pasukan Petugas Hospital Medan Malaysia ke Cox’s Bazar Bangladesh Bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Etnik Rohingya

Kerajaan Malaysia sangat prihatin di atas penderitaan yang dialami oleh pelarian Rohingya yang ramai kini berada di kem-kem pelarian di Bangladesh. Bagi membantu menangani masalah kesihatan yang semakin meruncing di kalangan pelarian Rohingya di Bangladesh ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pertubuhan […]

Kenyataan Akhbar KPK 25 November 2017 – Makluman Kejadian Wabak Penyakit Demam Tifoid di Long Urun, Sungai Asap, Belaga, Kapit, Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa satu kejadian wabak penyakit Demam Tifoid telah dilaporkan berlaku pada 02 November 2017 di Long Urun, Sungai Asap, daerah Belaga, bahagian Kapit, Sarawak. Long Urun terletak kira-kira 75km dari Klinik Kesihatan Sungai Asap, Belaga dan kira-kira 215 km perjalanan darat ke hospital […]

Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2017 – Sempena Musim Cuti Persekolahan dan Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia (Bagi Minggu 46/2017 dari 12-18 November 2017)

Bagi tempoh 12 hingga 18 November 2017 (minggu ke 46), jumlah kes mingguan Denggi yang dilaporkan adalah 993 kes dan ini merupakan jumlah kes mingguan yang terendah pernah dicatitkan sejak 2014. Jumlah kumulatif kes Denggi yang direkodkan sehingga 18 November 2017 ialah sebanyak 78,062 kes berbanding 93,080 kes […]

Kenyataan Akhbar KPK 15 November 2017 – Kempoen Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 – Antibiotik: Perlu Ke?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang pada hari ini. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat dan para profesional kesihatan supaya menggunakan antibiotik secara rasional dan bertanggungjawab bagi mengawal kerintangan antibiotik. Kerintangan antibiotik menyebabkan antibiotik yang […]