Kenyataan Akhbar KPK 8 Oktober 2016 – Produk Tradisional Aman Liquid Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional berikut kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual iaitu yohimbine. Nama Produk (No. Pendaftaran) Bahan Campur Palsu Yang Dikesan Pemegang Pendaftaran Produk   Aman Liquid (MAL12115015TC)   Yohimbine […]

Kenyataan Akhbar KPK – Situasi Semasa Demam Denggi Serta Zika di Malaysia (Bagi Minggu 39/2016 dari 25 September hingga 1 Oktober 2016)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada minggu ke-39 tahun 2016, iaitu dari 25 September hingga 1 Oktober 2016, sejumlah 1,701 kes Demam Denggi telah dilaporkan di seluruh negara berbanding 1,818 kes pada minggu sebelumnya, iaitu penurunan kes sebanyak 6.4% (117 kes). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes […]

Kenyataan Akhbar KPK 1 Oktober 2016 – Status Terkini Kluster Jangkitan Rotavirus Berkaitan Resort Bukit Merah, Perak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada 01 Oktober 2016 sehingga jam 12.00 tengahari, sebanyak 11 kes baru dengan gejala acute gastroenteritis (AGE) yang mempunyai sejarah pendedahan di sebuah resort di Bukit Merah telah dilaporkan; iaitu enam (6) dari Kedah, tiga (3) Perak dan dua (2) dari Pulau […]

Kenyataan Akbar KPK 27 September 2016 – Isu Gangguan Bekalan Air di Hospital Serdang dan Hospital Kajang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan bahawa akibat daripada penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih oleh pihak SYABAS kerana pengesanan pencemaran di Sungai Semenyih, Hospital Serdang dan Hospital Kajang telah mengalami gangguan bekalan air. Hospital Serdang telah mulai mengalami gangguan bekalan air sejak 23 September 2016 (Jumaat) dan […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 September 2016 – Isu Madu Capilano Didakwa Toksik dan Beracun

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu yang diviralkan melalui media sosial berhubung laporan yang disiarkan melalui laman web https://kangaroocourtofaustralia.com/2016/09/17/australias-capilano-honey-admit-selling-toxic-and-poisonous-honey-to-consumers/ kebelakangan ini. Laporan tersebut mendakwa bahawa madu Capilano adalah toksik dan beracun serta diperbuat daripada campuran madu yang diimport daripada Negara China, Mexico, Argentina, Hungary dan Brazil. Dalam hal ini, […]

Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia (Bagi Minggu 36/2016 dari 4 hingga 10 September 2016)

Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sejak dua minggu kebelakangan ini, kes Demam Denggi yang dilaporkan di seluruh negara menunjukkan pengurangan kes. Pada minggu lepas iaitu minggu ke-36 tahun 2016 (dari 4 hingga 10 September 2016), kes Demam Denggi di seluruh negara adalah sebanyak 2,095 kes berbanding 2,143 […]

Kenyataan Akhbar KPK 15 September 2016 – Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar ‘Super Resdong Dan Mujarab Resdong Plus’

Pusat Pemantauan Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional dengan nama SUPER RESDONG dan MUJARAB RESDONG PLUS    PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN Sampel produk-produk […]

“UPDATED ZIKA ALERT” DAN ARAHAN PENTADBIRAN UNTUK PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN JANGKITAN VIRUS ZIKA

“UPDATED ZIKA ALERT” DAN ARAHAN PENTADBIRAN UNTUK PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN JANGKITAN VIRUS ZIKA Sila rujuk Surat Edaran Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 11 September 2016 No. Rujukan: KKM.600-29/4/142 (38) yang dilampirkan seperti di bawah sebagai garis panduan bagi pemantauan dan pengurusan jangkitan Virus Zika. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus, sila rujuk […]