Tag: Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 13 Februari 2018 – Isu Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Jenama Dutch Lady Curious (900 Gram) Biasa Bagi Pek-Promosi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai aduan pengguna yang membeli pek-promosi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama Dutch Lady Curious (900g) 1-2 Tahun Biasa yang tular di media sosial. Pengadu memaklumkan bahawa anak beliau mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan kelangkang, batuk, cirit-birit dan demam […]

Kenyataan Akhbar KPK 28 Disember 2017 – Perkembangan Terkini Isu Susu Rumusan Bayi Disyaki Menggunakan Cap Dagangan Tiruan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu susu rumusan bayi disyaki menggunakan cap dagangan tiruan seperti yang dilaporkan pada 10 Disember 2017 di mana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki […]

Kenyataan Akhbar KPK 14 Disember 2017 – Isu Susu Rumusan Bayi Disyaki Menggunakan Cap Dagangan Tiruan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita mengenai “Aduan bayi muntah teruk: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) rampas susu dipercayai palsu” yang disiarkan melalui media pada 10 Disember 2017. Laporan tersebut menyatakan pihak KPDNKK Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Oktober 2017 – Isu Susu Formula Bayi Didakwa Salah Label

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Infant formula mislabeled” yang disiarkan melalui laman sesawang https://www.news.gov.hk pada 20 Oktober 2017. Laporan tersebut menyatakan the Centre for Food Safety, Hong Kong mendapati kandungan vitamin B3 dalam sampel tin susu formula bayi iaitu “The Similac 2 follow-up formula 2” […]

Kenyataan Akhbar KPK 14 Oktober 2017 – Isu Tiada Kelulusan Pengimportan Bagi Produk Instant Hotpot Yang Mengandungi Daging di Singapura

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Import of instant hotpot products containing meat not approved by AVA; importers fined and products seized” yang disiarkan melalui akhbar the Straits Times bertarikh 9 Oktober 2017. Laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa the Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura melarang pengimportan produk Instant […]

Kenyataan Akhbar KPK 19 Ogos 2017 – Isu Penutupan Kantin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum tindakan segera pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) dalam penutupan kantin di HTAR selama dua (2) minggu untuk tujuan pembersihan, setelah pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati operator kantin ini tidak mematuhi beberapa piawaian di bawah […]

Kenyataan Akhbar KPK 15 Ogos 2017 – Isu Dakwaan Pisang Goreng Yang Dicampur Dengan Kapur Siling

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan artikel bertajuk “Rezeki terjejas kerana tular palsu” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Ogos 2017 berhubung dakwaan pisang goreng yang dijual berdekatan dengan Hospital Columbia Bandar Puteri di Puchong, Selangor dicampur dengan kapur […]

Kenyataan Akhbar KPK 14 Ogos 2017 – Isu Telur Ayam Yang Tercemar Dengan Bahan Kimia Fipronil di Belanda

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum beberapa laporan berhubung isu telur ayam yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda yang disiarkan melalui media kebelakangan ini. Berikutan itu, pihak Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerland telah menarik balik berjuta-juta telur ayam dari pasaran selepas fipronil dikesan pada produk […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Jun 2017 – Isu Tin Luncheon Meat Diimport Dari China

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum pemeriksaan dari Hong Kong mendapati tin luncheon diimport dari China didapati mengandungi sulfamethazine. Sulfamethazine atau dikenali juga sebagai sulfadimidine adalah sejenis antibiotik yang digunakan di dalam penternakan haiwan. Selain itu ia juga digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada manusia. Menurut International Agency […]

Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2017 – Isu Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum video yang ditularkan melalui media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 Mei 2017 – Penarikan Balik Floridia Grated Parmesan Cheese dari Pasaran

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk laporan dalam laman sesawang Food Standards Australia New Zealand (FSANZ) mengenai penarikan balik produk makanan Floridia Grated Parmesan Cheese secara sukarela oleh syarikat Floridia Cheese Pty. Ltd. di Australia. Penarikan balik produk tersebut melibatkan batch “Best Before” 20/04/2017 hingga 14/04/2018 dalam saiz […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 April 2017 – Kenyataan Akhbar ke-2 Mengenai Isu Stevia Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mac 2017. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran. Hasil pemantauan mendapati satu sampel berjenama PURE STEVIA keluaran syarikat VJS Cosmo […]

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2017 – Isu Skandal Daging dari Negara Brazil

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum beberapa laporan berhubung perkara di atas yang disiarkan melalui media kebelakangan ini berkaitan skandal daging dari negara Brazil, di mana beberapa kilang pemprosesan daging didapati telah memberikan rasuah kepada pihak berkuasa di negara terbabit bagi mendapatkan sijil kelulusan. Berkuatkuasa 1 Januari 2005, […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 Mac 2017 – Keracunan Makanan di Sekolah Agama Seri Berkat, Kampung Semerah Darat, Batu Pahat, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian keracunan makanan yang melibatkan 11 orang pelajar berumur 7 hingga 9 tahun dari Sekolah Agama Seri Berkat, Kg Semerah Darat, Batu Pahat, Johor pada 14 Mac 2017. Kesemua pelajar telah mengalami gejala muntah dan pening setelah mengambil makanan ringan jenis puding […]