Tag: Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 18 Januari 2017 – Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Kosmo dan Harian Metro bertarikh 16 Januari 2017 mengenai tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengandungi bahan peluntur benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai […]

Kenyataan Akhbar KPK 7 Januari 2017 – Isu Penyebaran Maklumat Di Media Sosial Mengenai Human Immunodeficiency Virus di dalam Buah-Buahan dalam Tin daripada Thailand

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah tidak berasas. HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin […]

Kenyataan Akhbar KPK 20 November 2016 – Isu Susu Mentah Diminum Terus Tanpa Perlakuan Haba

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat penjualan susu mentah untuk diminum terus tanpa perlakuan haba. KKM mendapat maklumat pihak tertentu mempromosikan susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu tersebut adalah selamat  untuk diminum terus. KKM  ingin menegaskan  […]

Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2016 – Dakwaan Minyak Masak Kitar Semula di Pasaran

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan dalam beberapa akhbar yang memetik bahawa Kementerian Kesihatan akan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan hanya minyak sawit yang dijual dan bukan minyak masak kitar semula. Pemeriksaan tersebut dilakukan bagi menjamin keselamatan pengguna selain […]

Kenyataan Akhbar KPK 28 Oktober 2016 – Isu Udang Kering Disembur Dengan Bahan Yang Tidak Diketahui

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan bertajuk “Dried shrimps sprayed with substance caught on clip” yang disiarkan di akhbar The Star bertarikh 20 Oktober 2016 di muka surat 4. Laporan tersebut menyatakan terdapat rakaman video yang menjadi viral dalam media sosial memaparkan dua lelaki menyembur sesuatu bahan ke […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 September 2016 – Isu Madu Capilano Didakwa Toksik dan Beracun

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu yang diviralkan melalui media sosial berhubung laporan yang disiarkan melalui laman web https://kangaroocourtofaustralia.com/2016/09/17/australias-capilano-honey-admit-selling-toxic-and-poisonous-honey-to-consumers/ kebelakangan ini. Laporan tersebut mendakwa bahawa madu Capilano adalah toksik dan beracun serta diperbuat daripada campuran madu yang diimport daripada Negara China, Mexico, Argentina, Hungary dan Brazil. Dalam hal ini, […]

Kenyataan Akhbar KPK 28 Mei 2016: Isu Residu Racun Perosak Glyphosate dalam Produk Makanan Bijirin Quaker Oats

 KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA ISU RESIDU RACUN PEROSAK GLYPHOSATE DALAM PRODUK MAKANAN BIJIRIN QUAKER OATS Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta menjadi viral di […]