Tag: Patient Safety

Kenyataan Akhbar KPK 28 Mei 2019 – Resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-72 Berkaitan “Tindakan Global Mengenai Keselamatan Pesakit”

Tanggal 25 Mei 2019 merupakan hari bersejarah bagi keselamatan pesakit apabila resolusi “Tindakan Global Mengenai Keselamatan Pesakit”  dipersetujui untuk diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-72 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization 72nd World Health Assembly) di Geneva, Switzerland. Resolusi ini menggesa negara-negara ahli untuk menjadikan keselamatan pesakit […]

Kenyataan Akhbar KPK 5 April 2019 – Panggil Balik ke atas Produk Tradisional Mengandungi Paras Logam Berat yang Tinggi

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan panggil balik ke atas produk  berdaftar Kin Foong San (Medicinal Powder) 4gm (MAL19972851T) bernombor kelompok VG05035. Ini berikutan analisa ke atas sampel produk dari pasaran mendapati ianya mengandungi paras logam berat merkuri dan kadmium melebihi tahap yang […]

Kenyataan Akhbar KPK 29 Mac 2019 -Produk Losartan yang ditarik Balik di Singapura Serta Situasi di Pasaran Malaysia

Kenyataan akhbar ini dikeluarkan berikutan notis panggil balik oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura ke atas tiga (3) produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-N-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA). Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. […]

Kenyataan Akhbar KPK 4 September 2018 – Pembatalan Pendaftaran Produk Tradisional Tie Da Zhi Tong Gao yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Diphenhydramine

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut: Hasil pemantauan di pasaran mendapati produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual, Diphenhydramine di dalam formulasi produk tradisional. Sehubungan itu, pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) […]

Press Statement DG of Health 3 July 2018 – Launching Of The Second Edition Of ‘Guidelines On Safe Surgery Saves Lives Programme’

The Ministry of Health Malaysia today launched the second edition of the ‘Guidelines on Safe Surgery Saves Lives Programme’ in conjunction with a two-day Patient Safety Seminar in Putrajaya. The seminar is themed ‘Enhancing Surgical Safety’ which aligns with the World Health Organisation’s agenda to ensure universal access […]

Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2018 – Isu Accuhaler Ventolin Dan Seretide Yang Ditarik Balik Di Pasaran United Kingdom Tidak Melibatkan Pasaran Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin meredakan keresahan orang awam terutamanya pesakit asma susulan daripada penerbitan sebuah artikel yang disiarkan di laman portal berita atas talian Astro Awani bertajuk “Pesakit Asma, pastikan anda guna inhaler yang betul!” bertarikh 23 Februari 2018. Artikel tersebut menyentuh isu berkenaan tarik balik produk Accuhaler […]

Press Statement DG of Health 8th November 2017 – WHO Regional Workshop for Asian & Pacific Countries on Radiation Safety Culture in Healthcare & IAEA Regional Workshop on Dose Optimization

The Ministry of Health Malaysia and National Cancer Institute (IKN), Putrajaya is proud to host the 5th World Health Organization (WHO) Regional Workshop for Asian and Pacific Countries on “Radiation Safety Culture in Healthcare” (8th– 10th of November 2017) as well as the International Atomic Energy Agency (IAEA) […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 November 2016 – Kejadian Bayi Berumur 5 Hari Diculik di Hospital Tanah Merah

Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada kejadian “Bayi 5 Hari Diculik Di Hospital Tanah Merah (HTM)” sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar arus perdana pada 16 dan 17 November 2016. Insiden tersebut berlaku di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada 15 November 2016 semasa waktu melawat sebelah petang di mana […]

Kenyataan Akhbar KPK 15 Ogos 2016 – Isu Biji Rambutan Untuk Rawatan Penyakit Kencing Manis

Beberapa hari yang lalu telah timbul kenyataan bahawa ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis (diabetes) adalah dengan mengambil biji buah rambutan. Berdasarkan semakan rujukan ilmiah, tiada rujukan didapati menyatakan kegunaan tradisional atau perubatan biji rambutan (N. lappaceum) untuk sebarang rawatan termasuk penyakit kencing manis. Biji rambutan dikatakan mempunyai kandungan lemak (saponin) yang […]

Kenyataan Akhbar KPK 6 Mei 2016: Isu Keselamatan Produk Pencuci Disinfektan Jenama Oxy Sac Sac Keluaran Reckitt Benckiser

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA ISU KESELAMATAN PRODUK PENCUCI DISINFEKTAN JENAMA OXY SAC SAC KELUARAN RECKITT BENCKISER Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan media antarabangsa baru-baru ini berkaitan isu keselamatan produk Reckitt Benckiser yang merujuk kepada produk pencuci disinfektan jenama Oxy Sac Sac yang digunakan untuk mencuci air […]