KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA KES DIFTERIA DI MALAYSIA Pada awal November 2015, satu kes difteria dilaporkan berlaku di Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah. Kes berumur lapan (8) tahun dan tidak menerima imunisasi difteria. Beliau meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan. Semua kontak rapat diperiksa dan didapati hanya […]
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA KES MEASLES MENINGKAT DI MALAYSIA Sehingga September 2015, kes dan wabak measles meningkat tiga (3) kali ganda di seluruh negara. Bilangan kes disahkan measles telah meningkat kepada 602 kes (26.3 per sejuta penduduk) berbanding 235 kes (7.8 per sejuta penduduk) pada 2014 […]
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH BEKALAN VAKSIN 5-SERANGKAI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebagai langkah jangka pendek bagi menangani masalah bekalan vaksin 5-serangkai, DTaP-IPV//Hib; KKM telah bersetuju dengan cadangan pakar-pakar imunisasi untuk jadual suntikan dos tambahan 18 bulan DITUNDA KEPADA 24 bulan. Langkah […]
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA MASALAH BEKALAN VAKSIN LIMA SERANGKAI Sejak tahun 2008 Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan vaksin 5-serangkai (DTaP-IPV//HiB) dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan. Ia selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di fasa akhir Program Pembasmian Polio dunia, di mana penggunaan vaksin Polio secara […]
Sejak kebelakangan ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita imunisasi HPV tidak selamat. Dakwaan ini dibuat berdasarkan satu berita yang diterbitkan oleh berita luar negara pada bulan September 2014. Lebih 200 orang remaja Colombia mengalami gejala pucat, letih lesu (malaise) dan pengsan (loss of conciousness) selepas menerima […]